Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Januari 30, 2022 23:59 MYT
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 30 Januari 2022.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 30 Januari 2022.
1. Dakwaan PRN Johor strategi kluster mahkamah tidak tepat - Annuar
Kenyataan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mendakwa pelaksanaan PRN Johor merupakan antara strategi kluster mahkamah dan mereka yang kalah dalam PRU14 adalah tidak tepat.
2. Kerajaan pantau ajaran 'mimpi' lelaki Pakistan
Kerajaan melalui Jakim dan pihak berkuasa agama negeri sudah membuat pemantauan berhubung ajaran 'mimpi' lelaki Pakistan yang disebarkan oleh Gerakan Akhir Zaman di negara ini.
3. Jangan tanam durian di kawasan perumahan - MBI
Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menasihati warga bandar raya itu supaya tidak menanam pokok besar seperti durian di kawasan taman perumahan.
4. TMJ ajak FAM, pakar bola sepak semuka
Pemilik Johor Darul Ta’zim, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sedia ‘duduk semeja’ dengan beberapa pakar bola sepak tanah air bagi menjawab pelbagai persoalan dan isu berkenaan bola sepak Malaysia.
5. Tidak lama lagi, 'admin' WhatsApp Group sudah boleh padam mesej
Anda ‘admin’ mana-mana WhatsApp Group? Kadangkala ‘sakit kepala’ melihat ahli menghantar pelbagai mesej sehingga mencetuskan pergaduhan?
6. "Cukuplah glamor, saya malu dengan anak-anak" - Aliff Syukri mahu jaga maruah, enggan cetus kontroversi lagi
Usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan, beliau kini sudah mula memperlahankan aktivitinya di media sosial dan enggan lagi melakukan gimik murahan untuk menarik perhatian warga maya.
7. Dakwaan DUN Kedah akan dibubar hanya khabar angin - Sanusi
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan dakwaan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah akan dibubarkan susulan penarikan sokongan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) terhadap kepimpinannya hanya merupakan khabar angin.
8. Kusta bukan penyakit keturunan, sumpahan, masyarakat perlu cegah diskriminasi - Khairy
Kementerian Kesihatan (KKM) menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk berganding bahu mencegah diskriminasi terhadap pesakit kusta dan ahli keluarga mereka.
9. Persiapan Tahun Baharu Cina musnah, ratusan rumah rosak akibat puting beliung di Ipoh
Ratusan rumah mengalami kerosakan akibat angin ribut dan puting beliung di beberapa kawasan termasuk sekitar Kampung Tawas dan Taman Tasek Damai di sini petang tadi.
10. Pembuat bom Abu Sayyaf sah masih hidup - ESSCom
Pembuat bom yang juga sub ketua kumpulan Abu Sayyaf, Mudzrimar atau Mundi Sawadjaan yang dilaporkan ditembak mati Mei lepas di Filipina, disahkan masih hidup.
#berita tempatan pilihan #berita tempatan #berita pilihan #berita utama #Berita AWANI
;