ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 26 Januari 2022.


1. Vaksin COVID-19: PICKids di Sarawak bermula selepas 3 Februari

Program Imunisasi COVID-19 Kanak-kanak untuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Sarawak dijangka bermula selepas 3 Februari depan, kata Penasihat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian.



2. Kejadian tanah mendap di Bandar Putra Permai merupakan kali kedua

Kejadian tanah mendap yang berlaku di Jalan LP1A/2 Lestari Perdana, Bandar Putra Permai petang Selasa merupakan kali kedua berlaku di sekitar kawasan tersebut, kata Pegawai Daerah Petaling Datuk Johary Anuar.


3. Malaysia Baharu: Struktur semula sistem demokrasi, institusi, sosio ekonomi - Nazir

Malaysia perlu menstruktur semula negara secara holistik termasuk sistem demokrasi, institusi dan sosio ekonomi, kata bekas Pengerusi Kumpulan CIMB Tan Sri Nazir Razak.


4. PRN Johor: BN kaji kerjasama dengan Pas, namun majoriti mahu bergerak solo - Tok Mat

Pimpinan kanan Barisan Nasional (BN) akan mengkaji dengan teliti tentang sebarang kemungkinan mengenai kerjasama politik dengan Pas, kata Timbalan Pengerusinya Datuk Seri Mohamad Hasan.


5. Wilayah Petaling, Klang alami gangguan air bermula hari ini

142 kawasan di wilayah Petaling dan Klang dijangka mengalami gangguan bekalan air bermula jam 3 petang hari ini.


6. PRN Johor: PKR guna logo sendiri, lain-lain parti logo PH - Majlis Presiden

Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) memutuskan bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menggunakan logonya sendiri semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.


7. Empat PPV Integrasi dibuka untuk vaksinasi dos penggalak secara jumpa terus mulai esok

Empat PPV Integrasi yang terlibat adalah PPV World Trade Centre (WTC), Kuala Lumpur, PPV Axiata Arena, Bukit Jalil; PPV Ideal Convention Centre, Shah Alam dan PPV Dewan Soka Gakkai, Klang.


8. Dr Mahathir semakin pulih, pindah ke wad biasa - Marina

Anak sulungnya, Datin Paduka Marina Mahathir berkata, bapanya juga telah dipindahkan dari Unit Rawatan Koronari (CCU) ke wad biasa di Institut Jantung Negara (IJN) di sini.


9. Ibadah umrah dibenarkan semula bermula 8 Februari - Nancy

Kabinet hari ini memutuskan untuk membenarkan semula umat Islam mengerjakan ibadah umrah mulai 8 Feb ini, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri.


10. Kadar elaun pemenang perak, gangsa Sukan SEA, Para ASEAN dinaikkan - Faizal Azumu

Pemenang pingat perak dan gangsa Sukan SEA serta Sukan Para ASEAN menerima perkhabaran gembira, apabila kadar elaun mereka dinaikkan berkuatkuasa serta-merta.