Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Januari 20, 2022 23:59 MYT
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Januari 2022.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Januari 2022.
1. Ada pihak pengurusan bencana tak endah amaran MET Malaysia - Ismail Sabri
Perdana Menteri memaklumkan, terdapat segelintir pihak dalam pengurusan bencana yang tidak mengendahkan amaran cuaca MetMalaysia bagi persediaan menghadapi monsun timur laut 2021/2022.
2. Bot bawa 27 PATI karam di perairan Teluk Ramunia, 2 maut, 6 hilang
Sebuah bot yang membawa 27 pendatang asing tanpa izin karam di perairan Teluk Ramunia, Pengerang, awal pagi ini, menurut Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.
3. Elak aktiviti berat sekurangnya seminggu selepas terima suntikan vaksin COVID-19
Elak lakukan aktiviti berat serta guna pakai tenaga berlebihan selama sekurang-kurangnya seminggu selepas divaksin bagi mengelak menghidapi radang otot jantung atau miokarditis.
4. Lebih RM125.5 juta BWI diagihkan setakat semalam - PM
Sejumlah RM125.5 juta disalurkan melalui Tabung Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara kepada negeri-negeri terjejas banjir setakat semalam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
5. Peguam dakwa ujian air kencing kedua ADUN DAP negatif dadah
ADUN Pasir Bedamar, Terence Naidu membuat laporan polis susulan ujian air kencing kedua yang dijalankan di sebuah klinik di Pulau Pinang negatif dadah, kata peguamnya.
6. COVID-19: 3,764 kes jangkitan baharu dicatatkan dalam tempoh 24 jam
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan, jumlah terbaharu menjadikan jumlah kumulatif terkini jangkitan COVID-19 di negara ini adalah 2,820,927 kes.
7. Tempoh kuarantin bagi pengembara dikurangkan lima hari - Khairy
Tempoh kuarantin bagi pengembara yang telah menerima dos penggalak atau remaja yang berumur 12 hingga 17 tahun tanpa pengiring kini dikurangkan dan ditetapkan kepada lima hari.
8. Banjir: Khalid Samad nafi 'hilang dari radar'
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad hari ini menafikan 'hilang dari radar' ketika banjir melanda kawasan tersebut pada 18 Disember lalu.
9. Selesai secara baik, isu BAM-Zii Jia kini tumpuan dunia - Chong Wei
Legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei berharap kemelut antara Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan pemain perseorangan lelaki Lee Zii Jia dapat diselesaikan secara baik.
10. PLUS aktifkan semula 19 lorong SmartTAG, tingkat prestasi RFID
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan mengaktifkan semula lorong SmartTAG yang sebelum ini ditutup di 19 lorong SmartTAG di 16 plaza tol sebelum 25 Januari 2022 untuk kelancaran trafik sempena Perayaan Tahun Baharu Cina.
#berita pilihan #berita tempatan #berita Malaysia #Berita AWANI
;