Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Januari 10, 2022 23:59 MYT
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 Januari 2022.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 Januari 2022.
1. Pasukan pembelaan gugur Najib daripada senarai saksi kes Rosmah
Pasukan pembelaan Datin Seri Rosmah Mansor berhubung kes rasuah melibatkan dana projek solar hibrid RM1.25 bilion, memutuskan untuk menggugurkan Datuk Seri Najib Razak daripada senarai saksi.
2. Polis bongkar penjualan sijil vaksin dipercayai palsu
Polis Terengganu berjaya membongkarkan kegiatan penjualan sijil digital vaksinasi dipercayai palsu yang didalangi seorang doktor di klinik swasta.
3. Selepas hampir 90 tahun beroperasi, SK Assumption akan ditutup 28 Februari
Segala memori yang pernah dilakar Sekolah Kebangsaan (SK) Assumption selama hampir sembilan dekad akan lenyap apabila institusi itu bakal ditutup berkuat kuasa 28 Februari ini.
4. Isu Pemilikan Saham: Sokongan SPRM boleh wujudkan 'conflict of interest'
Sokongan ketiga-tiga Timbalan Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, boleh mengakibatkan satu konflik kepentingan yang membimbangkan.
5. Senarai sekolah tidak dapat dibuka akibat banjir dikemas kini setiap Rabu - Radzi
Senarai sekolah yang masih belum dibuka susulan terkesan akibat banjir akan dikemas kini setiap Rabu, bagi membolehkan sekolah terlibat memulakan pengoperasian bagi minggu seterusnya jika sudah bersedia, kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin.
6. Pengarah urusan syarikat, jurutera direman enam hari disyaki kemuka tuntutan palsu
Seorang pengarah urusan syarikat dan seorang jurutera yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor semalam, direman enam hari bermula hari ini.
7. Sijil vaksin palsu: Polis tahan 6 lagi individu, aktif cari pelanggan
Seramai enam individu termasuk seorang juruteknik ditahan bagi membantu siasatan berhubung penipuan sijil vaksinasi dipercayai palsu didalangi seorang doktor antivaksin.
8. "Kementerian Belia dan Sukan bukan 'emak tiri', kami belanja ikut kemampuan" - Menteri
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak pernah terlintas untuk bersikap kejam kepada atlet sehingga perlu melaksanakan pemotongan dan penyusunan semula elaun mereka.
9. Wanita dakwa 'berinteraksi dengan nabi' akan dikaunseling - Menteri
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad berkata, perkara itu perlu bagi membetulkan pemahaman wanita berkenaan.
10. Bukan saya lantik Azam Baki - Muhyiddin
Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan beliau memilih Tan Sri Azam Baki untuk dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini.
#berita pilihan #berita utama #berita tempatan #Astro Awani
;