Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Disember 28, 2021 23:21 MYT
Disember 28, 2021 23:21 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 28 Disember 2021.
Kertas Putih yang mengandungi agenda bencana negara perlu sedia untuk dibahas di Parlimen supaya pengurusannya dapat dilaksanakan dengan lebih baik, kata ADUN Permatang Pasir, Faiz Fadzil.
Ahli ekonomi itu meletak jawatan selepas mendakwa panel itu gagal membincangkan laporan-laporan yang membabitkan pegawai-pegawai tinggi SPRM.
Di sebalik kelemahan ekonomi global dan bazooka dalam pasaran ekuiti dan bon, Ketua Ahli Ekonomi Global Juwai IQI Shan Saeed berkata, ekonomi Malaysia diyakini mampu tampil lebih kukuh pada 2022.
Polis membuka kertas siasatan berhubung penularan video yang dimuat naik di Facebook memaparkan majlis perkahwinan pasangan selebriti di Genting Highlands yang didakwa melanggar SOP PPN Fasa 4.
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan tauliah mengajar agama Islam di Selangor yang diberikan kepada mana-mana aktivis politik ditarik balik berkuat kuasa 31 Disember ini.
Naib Presiden Warisan, Datuk Peter Anthony mengambil keputusan meninggalkan parti itu dan menubuhkan parti tempatan baharu.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memutuskan bahawa sela masa bagi dos penggalak vaksin COVID-19 disingkatkan kepada tiga bulan.
Sudahlah berbau busuk dan meloyakan, pemeriksaan di sebuah kilang memproses petis udang di Pantai Acheh di sini, turut menemui ulat berenga di dalam tong penyimpanan makanan itu.
Bencana banjir yang melanda beberapa buah negeri membuatkan rakyat melihat tingkah laku ahli-ahli politik tanpa mengira parti.
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) memperoleh waran tangkap terhadap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengarah Urusan Kumpulan Serba Dinamik Holdings Bhd, Datuk Mohd Abdul Karim Abdullah, yang kini masih bebas.