Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Disember 26, 2021 15:59 MYT
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 26 Disember 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 26 Disember 2021.
1. PM hadir program gotong-royong di Hulu Langat, dengar sendiri keluhan mangsa banjir
Beliau juga turut melihat dan mendekati sebahagian sukarelawan yang bertungkus lumus membersihkan rumah mangsa banjir.
2. Varian Omicron: Johor kesan dua kes babit jemaah pulang umrah
Pasangan berkenaan telah pergi menunaikan umrah pada 4 Disember lalu dan pulang ke Malaysia melalui klia pada 16 Disember lepas.
3. Varian Omicron: Wanita pulang umrah catat kes pertama di Melaka
Wanita berkenaan dimasukkan ke wad isolasi hospital Melaka selepas disahkan positif COVID-19 varian Omicron.
4. Banjir: Rebat 100 peratus 'one-off' bil elektrik bulan Disember
Bagi meringankan lagi bebanan yang ditanggung oleh mangsa-mangsa banjir, Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan memberikan rebat seratus-peratus secara sekali bayar atau óne-off'' kepada mereka yang terjejas banjir bagi pembayaran bil bulan Disember.
5. 47 mangsa korban banjir seluruh negara, lima masih hilang - KPN
Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata Selangor kekal dengan 25 mangsa manakala Pahang seramai 19 mangsa dan di Kelantan tiga mangsa.
6. Tiada lagi 'check-out', MySejahtera perkenal 'MySJ Trace' kesan kontak rapat - Khairy
MySejahtera kini dilengkapi dengan ciri baharu iaitu 'MySJ Trace' untuk membolehkan pengesanan kontak rapat yang turut menggunakan ciri baharu yang sama.
7. Banjir: Bantuan wang ihsan RM1,000 diperluas untuk setiap ketua isi rumah terjejas
Kadar Bantuan Wang Ihsan (BWI) untuk mangsa banjir akibat Monsun Timur Laut kini ditingkatkan kepada RM1,000 daripada RM500 bagi setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas akibat bencana itu, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
8. KP MKN, KP NADMA antara individu anggotai pasukan petugas khas pascabanjir - KSN
Ketua Pengarah Keselamatan Negara Datuk Rodzi Md Saad dan Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Datuk Dr Aminuddin Hassim, antara individu yang menganggotai pasukan petugas khas pascabanjir.
9. Tuan Ibrahim, empat anak dan seorang cucu positif COVID-19
Beliau yang juga Timbalan Presiden Pas dalam satu kenyataan di Facebook memaklumkan, empat orang anak dan seorang cucunya turut dijangkiti virus tersebut.
10. Banjir: Putera Raja Arab Saudi zahir hasrat bantu Malaysia
Menteri Kabinet Arab Saudi Putera Turki bin Mohammad bin Fahd bin Abdulaziz menzahirkan hasrat membantu Malaysia dengan menghulurkan sumbangan dan bantuan kepada rakyat negara ini yang terjejas akibat banjir.
#berita tempatan pilihan