Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Disember 10, 2021 23:59 MYT
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 10 Disember 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 10 Disember 2021.
1. Persenda OKU: Dua lelaki, dua wanita dikesan polis
Polis sedang mengesan dua wanita dan dua lelaki dipercayai terlibat dengan dua video berasingan mempersendakan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang tular di media sosial sejak semalam.
2. Import ayam beku bersifat sementara bagi stabilkan harga di peringkat runcit
Tindakan membawa masuk ayam sejuk beku dari luar negara adalah bersifat sementara untuk menstabilkan harga di peringkat runcit, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
3. Lebih RM100 bilion dikutip HASiL sejak 2011 hingga kini
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) berjaya mengutip cukai melebihi RM100 bilion sejak 2011 hingga kini, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Mohd Nizom Sairi.
4. Kes solar hibrid: MySejahtera berstatus jingga, perbicaraan Rosmah ditangguh
Perbicaraan kes rasuah melibatkan isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ditangguhkan hari ini susulan status MySejahtera beliau yang masih berstatus jingga iaitu berisiko akibat mempunyai kontak rapat COVID-19.
5. Tentera Sulu: Perjumpaan 19 'datuk bandar' berkaitan usaha jaga keselamatan - Polis
Perjumpaan 19 'datuk bandar' dari selatan Filipina baru-baru ini adalah berkaitan usaha menjaga keselamatan dan rancangan mempertahankan kawasan itu dari elemen yang menggugat keselamatan, bukan merancang plot baharu untuk menawan Sabah.
6. Penganjur Hari Aspirasi Keluarga Malaysia dikompaun RM1,000 - Khairy
Penganjur Hari Aspirasi Keluarga Malaysia dikenakan kompaun mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit (Akta 342) bernilai RM1,000 susulan kegagalan memastikan penjarakan fizikal dan menyebabkan berlakunya kesesakan pada hari pertama acara berkenaan semalam.
7. COVID-19: 5,058 kes baharu hari ini, 41 lagi kematian
Jumlah kes baharu harian COVID-19 yang dilaporkan pada Jumaat menurun sedikit, apabila sebanyak 5,058 kes lagi dicatatkan dalam tempoh 24 jam yang lepas.
8. Tentera Sulu: Rakyat Sabah jangan bimbang, ATM aktif kesiapsiagaan paling tinggi - Hishammuddin
Kementerian Pertahanan telah mengarahkan Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) Angkatan Tentera Malaysia (ATM), untuk melihat kesahihan laporan sebuah portal antarabangsa, mengenai dakwaan ancaman kumpulan Tentera Diraja Sulu (RSA) untuk menyerang Sabah.
9. DNB: Tengku Zafrul perjelas kenyataan Zahidi, nafi MoF tidak bincang dengan KKMM
Tengku Zafrul menjelaskan Kementerian Kewangan (MOF) sentiasa bekerjasama rapat dengan KKMM dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam segala usaha menambah baik kesalinghubungan digital di Malaysia.
10. Buli di asrama: Polis tahan 4 pelajar Tingkatan Satu
Empat pelajar yang dipercayai menjadi suspek utama kes buli di sebuah sekolah berasrama penuh di Kuala Kangsar yang rakaman videonya menjadi tular, ditahan polis hari ini.
#berita tempatan pilihan
;