Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
November 18, 2021 15:59 MYT
November 18, 2021 15:59 MYT
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 18 November 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 18 November 2021.
Seramai 595 ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia mengisytiharkan keluar parti dan menyertai UMNO dalam dua majlis berasingan di Melaka.
Allahyarham Kapten Mohamad Affendi Bustamy merupakan anak yang baik dan banyak membantu menyara kehidupan kedua orang tuanya.
Polis menahan 19 individu dipercayai terbabit menggunakan Darjah Kebesaran Setia Diraja Kedah sebelum mendapat kurniaan daripada Sultan, menurut Ketua Polis Negeri Datuk Kamarul Zaman Mamat.
Polis menahan ibu saudara kepada kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang maut terjatuh dari tingkat 16 di sebuah kondominium di Selayang, kata Ketua Polis Daerah Gombak ACP Zainal Mohamed Mohamed.
Polis membuka kertas siasatan berhubung tindakan dua wanita warga asing yang tidak memakai pelitup muka ketika berada di Taman KLCC, menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya.
Perikatan Nasional (PN) menamakan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Tanjung Bidara, Datuk Mas Ermieyati Samsudin sebagai calon Ketua Menteri negeri itu sekiranya memperoleh mandat pada 20 November ini.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengesahkan Kabinet menerima permohonan daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendapatkan hartanah bernilai RM100 juta di ibu negara.
Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Kerajaan Malaysia akan mengambil tanggungjawab untuk membayar hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sejumlah AS$3 bilion, jika syarikat itu gagal berbuat demikian.
Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 (Bajet 2022) diluluskan di peringkat dasar pada persidangan Dewan Rakyat hari ini dengan sokongan majoriti Ahli Parlimen.
Pembangkang terkejut dengan tindakan Kabinet menerima permohonan untuk menghadiahkan sebidang tanah dan sebuah rumah kepada Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dianggarkan bernilai RM100 juta.