Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
November 17, 2021 15:59 MYT
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 17 November 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 17 November 2021.
1. [LAPOR LANGSUNG] Pesawat pejuang TUDM terhempas
TUDM akan menjalankan siasatan terperinci berhubung insiden pesawat pejuang Hawk yang terhempas di Pangkalan Udara Butterworth
2. Malaysia sedia jadi hab rawatan Hepatitis C Asia
Khairy Jamaluddin berkata, ia susulan kelulusan bersyarat diberikan kepada negara dan pertama di dunia untuk kombinasi ubat Ravidasvir dengan Sofosbuvir.
3. Indeks Daya Huni akan jadi pengukur berimpak tinggi - PM
Indeks Daya Huni Malaysia yang dilancarkan hari ini mampu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara makmur dan berdaya tahan.
4. Agong perkenan tiga akta yang diluluskan pada Mesyuarat Pertama Parlimen
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memperkenan tiga akta yang diluluskan pada Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Ke-14 yang lepas.
5. Sinovac, Astrazeneca dipertimbang sebagai dos penggalak - Khairy
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mempertimbangkan vaksin Sinovac dan AstraZeneca digunakan untuk suntikan dos penggalak, kata menteri berkenaan Khairy Jamaluddin.
6. Jho Low individu di sebalik tabir 1MDB - Saksi
Mahkamah Tinggi di sini, hari ini diberitahu bahawa Low Taek Jho atau Jho Low berada di sebalik tabir 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana pihak pengurusan syarikat itu sentiasa menerima e-mel berkaitan pelaburan dan pembangunan yang akan dijalankan oleh 1MDB daripada ahli perniagaan dalam buruan itu.
7. PRN Melaka: Sebarang bentuk kerjasama hanya diputus selepas pilihan raya - Muhyiddin
Sebarang bentuk kerjasama dengan mana-mana pihak sebaiknya biarlah diputuskan selepas pilihan raya, kata Pengerusi Perikatan (PN) Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin.
8. COVID-19: Kembali melonjak, 6,288 kes baharu dilaporkan
Kes positif COVID-19 dalam negara kembali melonjak apabila 6,288 jangkitan dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan jumlah keseluruhan kes sejak pandemik itu melanda kepada 2,563,153.
9. Lagi kanak-kanak maut jatuh bangunan, kali ini dari tingkat 16
Selepas seorang kanak-kanak empat tahun maut terjatuh dari tingkat 29 kondominium di Jalan Ipoh dekat sini, semalam, hari ini, kejadian sama berulang apabila kanak-kanak berusia lima tahun terjatuh dari tingkat 16 sebuah pangsapuri di Batu Caves.
10. Harga runcit RON97, RON95, diesel kekal
Harga runcit RON97, RON95 dan diesel bagi tempoh 18 hingga 24 November 2021 dikekalkan pada paras harga siling yang ditetapkan.
#berita pilihan #Astro Awani #17 November