Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
November 11, 2021 15:59 MYT
November 11, 2021 15:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 11 November 2021.
ANMS bertujuan membudayakan hidup sihat dan kelestarian persekitaran yang menyokong kesejahteraan kesihatan Keluarga Malaysia.
Kerajaan negeri Johor memohon agar pembukaan Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) darat antara Malaysia dan Singapura dibuka bersama dengan VTL udara, 29 Nov ini.
Dewan Rakyat hari ini dimaklumkan bahawa Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, positif COVID-19.
Bukan saja kotor malah bulu binatang, ranting kayu dan daun kering ditemui di dalam bekas pemerapan soya di sebuah kilang memproses kicap di Bagan Lebai Tahir di sini, semasa ‘Ops Bersih’ yang dijalankan Jabatan Kesihatan Pulau Pinang (JKN) hari ini.
Astro Radio mengukuhkan kedudukannya sebagai pengendali radio tempatan yang mempunyai pendengar tertinggi dalam negara apabila merekodkan jumlah pendengar sebanyak 15.6 juta secara mingguan.
Siri sensasi Korea Selatan "Squid Game" kembali ke kedudukan No. 1 carta rancangan TV Netflix paling popular untuk tempoh paling lama, lapor Agensi Berita Yonhap.
Perbincangan untuk menentukan siapa calon Ketua Menteri Melaka dari Perikatan Nasional (PN) telah berlangsung, namun identitinya biarlah terus menjadi misteri, kata Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menyangkal pandangan sesetengah pihak yang melabel beliau sebagai 'naga, buaya, singa atau harimau' di Melaka, sebaliknya beliau melihat dirinya sekadar seorang yang 'humble' kepada parti.
Pemberian vaksin COVID-19 keluaran Pfizer BioNTech kepada kanak-kanak berusia di bawah 12 tahun akan bermula pada 2022.
Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin malam ini mendedahkan beliau mempunyai pilihan untuk membubarkan Parlimen dan mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) sewaktu berhadapan dengan krisis politik awal tahun ini.