Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
November 2, 2021 23:59 MYT
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 2 November 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 2 November 2021.
1. Sihir, persetubuhan dengan mayat antara kandungan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 Kelantan
Sultan Kelantan Sultan Muhammad V telah memberi perkenan untuk Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 dikuat kuasa bermula Isnin.
2. PRN Melaka: Penganjur program Najib dikompaun RM4,000, Muhyiddin RM20,000 - KKM
Tiada aktiviti perhimpunan berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dalam dua program berasingan melibatkan Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Razak dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.
3. Kes kematian Zulfarhan: 18 penuntut UPNM didapati bersalah
Lapan belas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) didapati bersalah atas pertuduhan menyebabkan kematian tanpa niat membunuh dan mencederakan Pegawai Kadet Laut UPNM Zulfarhan Osman Zulkarnain.
4. Najib perlu jalani hukuman walaupun proses rayuan belum selesai - Tun M
Tun Dr Mahathir Mohamad berpendirian bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak perlu menjalani hukuman yang diputuskan oleh mahkamah berhubung kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.
5. "Saya maafkan tertuduh yang 'buat' anak saya" - Bapa Zulfarhan
Seberat mana sekalipun beban penderitaan dan kesedihan yang ditanggung, namun, sebagai manusia waras dan berjiwa besar, Zulkarnain Idros memilih menghulur salam perdamaian buat mereka yang telah menyebabkan kematian anaknya, Zulfarhan Osman.
6. Amaran cuaca waspada, hujan lebat di Kelantan, Terengganu hingga esok
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca waspada peringkat kuning di Kelantan dan Terengganu bermula hari ini hingga esok.
7. Peruntukan Sabah, Sarawak: Di manakah keadilan? - Mohd Shafie
Kerajaan Persekutuan didakwa menyisihkan Sabah dan Sarawak selepas hanya memperuntukkan masing-masing sebanyak RM5.2 bilion dan RM4.6 bilion untuk dua negeri itu pada Bajet 2022 yang baru diumumkan minggu lalu.
8. Sekolah diingatkan, beri kelonggaran murid tidak pakai pakaian seragam - Radzi
Pihak sekolah sekali lagi diingatkan agar memberi kelonggaran kepada pelajar yang hadir ke sekolah untuk tidak memakai pakaian seragam sekolah, sebaliknya memadai memakai pakaian kemas dan sopan.
9. Kes kematian Zulfarhan: Pelaku umpama penjenayah yang tiada belas kasihan - Hakim
Usia tertuduh masih muda namun perlakuan mereka seumpama penjenayah yang tiada belas kasihan, kata Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azman Abdullah ketika membacakan penghakimannya.
10. Dasar Kabotaj Negara tidak kekang pelaburan asing - Ka Siong
Dasar Kabotaj yang dilaksanakan oleh kerajaan hari ini tidak mengekang pelaburan asing seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak
#berita pilihan #Astro Awani #Zulfarhan Osman #kabotaj
;