Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
November 1, 2021 23:57 MYT
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 1 November 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 1 November 2021.
1. Malaysia mampu jadi hab pengeluaran vaksin - PM
Malaysia mampu mencorak laluan dalam pengeluaran produk vaksin sendiri yang berkualiti, berkesan dan selamat mengikut syarat ditetapkan NPRA, sekali gus menjadi hab pengeluar vaksin.
2. Kesan advers vaksin: Hanya 0.03 peratus daripada setiap 1,000 dos dikategori serius
Lebih 22,000 laporan kesan advers vaksin COVID-19 diterima melalui respons kendiri di aplikasi MySejahtera sejak 27 Okt lalu, bersamaan 0.45 peratus bagi setiap 1,000 dos vaksin.
3. Vaksin HPV: KKM belum rancang suntik remaja lelaki
Kementerian Kesihatan belum merancang untuk memberi vaksin Human Papilloma Virus kepada remaja lelaki berusia 13 tahun dan ke atas, kata Timbalan Menteri Kesihatan II Datuk Aaron Ago Dagang.
4. Taib Mahmud kenang detik 'lamar' mendiang Masing, gembira dapat berkhidmat bersama
Tun Taib juga sempat berkongsi pengalaman saat pertama kali ‘melamar’ mendiang Masing untuk menjadi salah seorang menteri di bawah pentadbirannya selaku Ketua Menteri Sarawak ke-4 yang lalu.
5. Langgar SOP PRN Melaka: 'Tiada kompromi, tiada istilah orang biasa, orang 'kayangan' - PM
Tidak ada pihak yang kebal daripada dikenakan tindakan undang-undang sekiranya didapati melanggar ketetapan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan COVID-19 ketika Pilihan Raya Negari (PRN) Melaka, tegas Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
6. Bapa Lockdown Malaysia' punca kehancuran kewangan, kehidupan rakyat - Najib
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang membuat dakwaan tersebut turut mengaitkan bahawa sekatan pergerakan (lockdown) di negara ini adalah antara terpanjang di dunia selain dilakukan 'separuh masak'.
7. Banci 2020 tamat, 32.3 juta penduduk Malaysia dibanci
Banci Malaysia 2020 yang berakhir semalam mencapai tahap membanggakan apabila 32.3 juta penduduk Malaysia atau 99.2 peratus daripada 32.6 juta jumlah anggaran penduduk dibanci meskipun dilaksanakan ketika pandemik COVID-19.
8. Kit ujian kendiri COVID-19 serendah RM6.90 di pasar raya, kedai serbaneka
Kit ujian kendiri COVID-19 boleh didapati pada harga serendah RM6.90 seunit di pasar raya, rangkaian kedai serbaneka dan stesen minyak tertentu, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
9. "Ketirisan RM620 juta senyap, nama 'Timah' macam masalah terbesar negara" - Syed Saddiq
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini menempelak anggota Kabinet dan Ahli-Ahli Dewan Rakyat berkenaan isu-isu yang patut dijadikan fokus semasa persidangan.
10. Musim tengkujuh bermula Rabu ini hingga Mac 2022 - MetMalaysia
Hujan lebat dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor mulai November ini hingga awal Januari 2022, susulan peralihan Monsun Timur Laut yang dijangka bermula 3 Nov dan berterusan sehingga Mac tahun depan.
#berita pilihan #berita tempatan #berita dalam negara #Astro Awani
;