Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Oktober 29, 2021 15:59 MYT
Oktober 29, 2021 15:59 MYT
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 29 Oktober 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 29 Oktober 2021.
Malaysia akan meneruskan pemerolehan vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech untuk kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun.
Khairy Jamaluddin terima dos penggalak Pfizer selepas dua dos Sinovac, meyakinkan orang ramai kaedah pemberian vaksin campuran.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini melancarkan Yayasan Kebajikan Siswa Keluarga Malaysia sebagai sebuah badan berperanan membantu golongan mahasiswa yang memerlukan.
Ekonomi Melaka bakal menerima suntikan galakan daripada penganjuran Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka akan merancakkan pelbagai sektor di negeri itu, kata penganalisis ekonomi, Prof Madya Mohd Yusof Saari.
Pakatan Harapan sebulat suara memutuskan untuk menggunakan logo gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri Melaka, bulan depan, kata Pengerusinya Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kerajaan bersetuju memberikan diskaun bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bermula 1 Nov ini hingga 30 April 2022.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terus menerima peruntukan terbesar iaitu sejumlah RM52.6 bilion atau 16 peratus daripada keseluruhan anggaran perbelanjaan Persekutuan dalam Bajet 2022.
Kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini membentangkan Bajet 2022 berjumlah RM332.1 bilion yang menyaksikan peruntukan tertinggi dalam sejarah belanjawan negara.
Kerajaan akan mengkreditkan RM150 secara one-off ke dalam akaun e-dompet belia berumur 18 hingga 20 tahun menerusi program e-Start iaitu sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai yang akan bermula tahun hadapan.
Kerajaan bersetuju memberikan diskaun bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bermula 1 Nov ini hingga 30 April 2022.