Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Oktober 8, 2021 23:56 MYT
Oktober 8, 2021 23:56 MYT
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 8 Oktober 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 8 Oktober 2021.
ADUN Sindumin itu menamatkan spekulasi sekali gus mengumumkan keluar Parti Warisan untuk menjadi wakil rakyat bebas yang menyokong kerajaan negeri ditadbir Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Pengerusi PH Melaka mengesahkan pertemuan di antara Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama empat bekas ADUN yang menarik sokongan terhadap kerajaan Negeri Melaka.
Pihak Berkuasa Kawalan Dadah memberi kelulusan bersyarat bagi pemberian dos penggalak vaksin COVID-19 Pfizer BioNTech, bagi golongan berusia 18 tahun ke atas, kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Kebenaran rentas negeri akan dibuat serentak untuk seluruh negara dan bakal diumum dalam masa terdekat, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin telah meminta laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) dibuat terhadap seorang pengguna laman sosial Twitter atas penyebaran berita palsu berhubung vaksin COVID-19.
Kerajaan melancarkan Skuad Keluarga Malaysia yang menyelaraskan semua mekanisme penyampaian bantuan untuk rakyat yang memerlukan di seluruh negara di bawah satu jentera.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka mengesahkan sudah merakam percakapan bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berhubung dakwaan membabitkan penyelewengan royalti projek tambakan laut.
Pada zahirnya, barangkali, pandangan masyarakat terhadap personaliti televisyen, Karl Shafek Ibrahim sama seperti dilihat pada orang lain.
Abang kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dilaporkan akan menjadi penggerak utama dalam pelancaran sebuah parti politik, yang akan berlaku masa yang terdekat.
Polis Johor melakukan siasatan berhubung kes pemalsuan dokumen surat aku janji bagi menjalankan urusan pertukaran mata wang asing yang dipercayai palsu dan melibatkan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.