Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Oktober 3, 2021 23:59 MYT
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 3 Oktober 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 3 Oktober 2021.
1. PPN: Pelajar teruja kembali semula ke sekolah
Keterujaan pelajar Tingkatan Enam Atas kembali ke sekolah dapat dilihat apabila kerajaan membenarkan semula sesi pengajaran secara bersemuka di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada Ahad.
2. Bekas Ketua Pengarah MSN Zolkples Embong meninggal dunia
Bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Zolkples Embong, 62, meninggal dunia di kediamannya pagi ini dipercayai akibat sakit jantung.
3. COVID-19: MySejahtera kini ada fungsi lapor pelanggaran SOP
Orang ramai kini boleh melaporkan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 kepada pihak berkuasa melalui aplikasi MySejahtera.
4. Takwim persekolahan 2022 kekal bermula bulan Mac - Menteri Pendidikan
Kementerian Pendidikan (KPM) kekal dengan pendirian untuk memulakan takwim persekolahan sesi 2022 pada Mac depan, kata Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin.
5. COVID-19: Jangkitan baharu turun kepada 9,066, jumlah pesakit sembuh 14,454
Jumlah jangkitan baharu COVID-19 hari ini mencatatkan penurunan di bawah 10,000 kes iaitu 9,066 kes dalam tempoh 24 jam selepas kali terakhir merekodkan angka di bawah 10,000 adalah pada 12 Julai lalu.
6. Tidak dibenar mengajar, dipindah ke negeri lain tindakan buat guru enggan divaksin - Radzi Jidin
Golongan guru yang enggan menerima vaksinasi COVID-19 tidak akan dibenarkan mengajar murid secara bersemuka.
7. PRU15: Mampukah Bersatu saingi UMNO? - Penganalisis
Mampukah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyaingi UMNO?". Itu persoalan yang dibangkitkan oleh Pensyarah Kanan Sains Politik Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mujibu Abd Muis berhubung perebutan kerusi di kawasan majoriti pengundi Melayu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kelak.
8. Rentas negeri: 'Saya faham perasaan tak dapat jumpa ibu bapa, berita gembira tak lama lagi' - Ismail Sabri
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengetahui ramai rakyat di negara ini sudah sekian lama tidak dapat pulang ke kampung, dan berjumpa dengan ibu-bapa mereka.
9. DUN Melaka bergolak: 'Saya tidak faham mengapa dikaitkan' - Idris Haron
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron yang dikaitkan dengan gerakan untuk menumbangkan kerajaan negeri Melaka, hari ini tampil menafikan pembabitannya.
10. Benarkah Parti Negara Malaysia akan dilancarkan tidak lama lagi? Ini penjelasan Zuraida...
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin enggan mengulas penubuhan platfom baharu politik yang dikenali sebagai Parti Negara Malaysia (PNM) yang dikaitkan dengan beliau.
#berita pilihan #Astro Awani #berita tempatan #berita dalam negara #PPN #COVID-19
;