Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
September 15, 2021 23:59 MYT
September 15, 2021 23:59 MYT
BERIKUT antara berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 15 September 2021.
Program rintis gelembung pelancongan di Pulau Langkawi tidak boleh gagal kerana pengusaha pelancongan telah mengeluarkan kos tinggi untuk memulakan perniagaan setelah lama tidak beroperasi.
Kejadian bau busuk akibat tumpahan bahan kimia berjadual di anak sungai di Seelong, dekat sini, seakan mengulangi mimpi ngeri yang dialami penduduk sekitar Sungai Kim Kim di Pasir Gudang tidak lama dahulu.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Al-Mustafa Billah Shah hari ini menzahirkan rasa syukur dan sukacita atas kerjasama rentas parti yang yang telah dimeterai melalui Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik pada 13 September, 2021 lalu sebagai satu pendekatan yang bersejarah.
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) menawarkan Pakej Remaja Keluarga Malaysia dan Pakej Peranti Keluarga Malaysia bagi memastikan setiap orang mempunyai akses internet pada kos yang berpatutan.
Peguam utama Hisyam Teh Poh Teik, yang mewakili Ahmad Zahid berhujah pemborong tekstil yang juga saksi pendakwaan ke-36, Junaith Asharab Md Shariff yang telah memberi keterangan secara bersumpah bahawa 23 cek berjumlah RM13 juta itu tidak diberikan sebagai rasuah atau dorongan.
Datuk Seri Azalina Othman Said 'mengejutkan' ahli Dewan Rakyat selepas muncul semula di kerusi speaker bagi mempengerusikan sesi petang Sidang Parlimen, di ibu negara hari ini.
Terengganu akan beralih ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa 17 September ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan kelonggaran bagi aktiviti sukan dan rekreasi bersentuhan fizikal bagi sektor sosial di negeri Fasa 2 dan Fasa 3.
Dua individu, termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun maut dalam kejadian tanah runtuh di Forest Hill, di sini petang tadi.
Pasukan Bertindak Imunisasi COVID-19 Remaja (CITF-A) menyasarkan 60 peratus remaja berusia antara 12 dan 17 tahun mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19 pada November ini dan 80 peratus mendapat dos lengkap sebelum sekolah dibuka pada sesi 2022.