Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
September 11, 2021 23:54 MYT
September 11, 2021 23:54 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 September 2021.
Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan meninggal dunia pada jam 10.15 pagi ini.
Pelajar yang terperap di rumah dan tidak ke sekolah dalam tempoh yang panjang boleh memberi kesan kepada perkembangan mental dan fizikal mereka.
Menurut Bersih 2.0, jawatan-jawatan itu tidak harus dilihat sebagai monopoli parti-parti dalam kerajaan, lebih-lebih lagi untuk menunjukkan kekuasaannya terhadap parti pembangkang.
Pakatan Harapan (PH) mengusulkan peruntukan tambahan sebanyak RM45 bilion untuk segera meringankan beban hidup rakyat.
Orang ramai terutamanya netizen diminta berhenti daripada memberi sebarang ulasan atau komen berhubung isu melingkari jaguh lontar peluru F20 (kecacatan intelektual) Muhammad Ziyad Zolkefli di Sukan Paralimpik Tokyo baru-baru ini.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin pengisytiharan itu dibuat oleh Pejabat Perwakilan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ke Malaysia, Brunei Darussalam dan Singapura pada Jumaat.
Malaysia hari ini melaporkan pertambahan 19,550 kes positif COVID-19 dalam tempoh 24 jam yang lepas menjadikan jumlah kes kumulatif kepada 1,960,550 kes.
Satu Jawatankuasa khas akan diwujudkan di bawah kawal selia Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat bagi memudahkan perhubungan Kerajaan dan Parlimen, dalam ruang lingkup Transformasi Parlimen seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Jumaat.
Bekas Ketua Polis Negara Tun Muhammed Hanif Omar menyifatkan pemergian bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Allahyarham Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan sebagai satu kehilangan besar buat negara.
Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) mengakui ada pertemuan antara pihak mereka dengan wakil Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
#berita tempatan
#berita pilihan
#Berita AWANI
#berita Malaysia
#Zaman Khan
#Khairy Jamaluddin
#KKM
#COVID-19
#vaksin