Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
September 6, 2021 15:59 MYT
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 September 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 September 2021.
1. Vaksin COVID-19: Malaysia hampiri imuniti kelompok, 68 peratus populasi dewasa disuntik
Angka itu menyaksikan lebih 15.9 juta dewasa sudah menerima dua dos suntikan.
2. Pertemuan empat menteri bersama MKN bincang longgar SOP menjelang fasa endemik
Kerajaan sedang meneliti beberapa kelonggaran termasuk kebenaran rentas negeri dan membuka lebih banyak sektor bagi membolehkan rakyat lebih bebas dalam norma baharu ketika negara menuju ke fasa endemik COVID-19, kata Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
3. Vaksin COVID-19: Johor mula beri suntikan kepada remaja akhir Oktober
Pemberian itu dijangka akan dilaksanakan pada akhir Oktober ini selepas sasaran 100 peratus populasi dewasa lengkap dos kedua dicapai.
4. Insiden Gunung Hitam: Sesat 16 jam, hanya air sungai pengalas perut tujuh remaja
Mengimbas kembali detik yang mencemaskan itu, salah seorang remaja berkenaan, Mikhail Adam Yusri, 18, berkata, dia dan rakan-rakannya pada awalnya berhasrat untuk pergi ke Jeram Enam, Sungai Lawing, kerana diberitahu tempat itu lebih menarik.
5. COVID-19: Bilangan kematian harian di Lembah Klang bukan keadaan sebenar, disebabkan 'backlog'
Kadar kematian harian akibat COVID-19 di Lembah Klang tidak merujuk kepada keadaan sebenar disebabkan data kes tertunggak atau 'backlog' kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.
6. Undi percaya: Tindakan Peguam Negara membingungkan - Anwar
Tindakan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun disifatkan membingungkan apabila menyatakan tiada keperluan untuk mengabsahkan pelantikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan kerajaan yang telah dibentuk baru-baru ini.
7. COVID-19: 17,352 kes baharu, Sarawak paling tinggi
Malaysia merekodkan 17,352 lagi kes jangkitan harian COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah kumulatif kini 1,862,187.
8. Saman fitnah Ismail Sabri terhadap Anina selesai, kedua-dua pihak rekod persetujuan
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Anina Saadudin telah merekodkan persetujuan penyelesaian berhubung saman fitnah yang dikemukakan terhadap bekas Ketua Wanita Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu.
9. Kecederaan Abdul Latif tidak serius
Kecederaan yang dihadapi oleh atlet para lompat jauh negara Abdul Latif Romly akibat tergelincir pada lompatan keempat dalam acara T20 dua hari lalu tidak serius.
10. Analisis kewangan SPRM bebaskan Azeez daripada rasuah - Peguam beritahu mahkamah
Mahkamah Rayuan diberitahu laporan analisis kewangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini membebaskan bekas Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim daripada tuduhan membabitkan rasuah.
#berita pilihan #berita tempatan #berita Malaysia #Berita AWANI