Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
September 4, 2021 23:57 MYT
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 4 September 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 4 September 2021.
1. Paralimpik Tokyo 2020: 'Dek Wan' raih tempat keempat acara 100 meter T36
"Dek Wan" terpaksa akur dengan catatan 12.15 saat, meskipun pada 50 meter awal mempamerkan larian yang cukup bertenaga.
2. Jawatankuasa Kesihatan PH gariskan 10 KPI KKM untuk dicapai dalam 100 hari
Parameter ditetapkan boleh diambil kira dan digunapakai menilai prestasi KKM pada bulan-bulan mendatang dalam menguruskan pandemik.
3. Peruntukan RM2.4 juta baik pulih empat sekolah terjejas banjir - Radzi Jidin
Sekolah-sekolah tersebut adalah SMK Yan, SK Langkasuka, SJKC York Khoon dan SK Nyak Gam.
4. Paralimpik Tokyo 2020: Liek Hou juara sulung badminton, sumbang emas kedua negara
Jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou menghadiahkan pingat emas kedua buat negara selepas menang pada final badminton perseorangan lelaki kategori SU5 Sukan Paralimpik Tokyo 2020 yang berlangsung di Stadium Kebangsaan Yoyogi.
5. Tiada keperluan mengabsahkan pelantikan Perdana Menteri - Peguam Negara
Tiada keperluan untuk mengabsahkan pelantikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan kerajaan yang telah dibentuk baru-baru ini.
6. Dilantik sebagai Pengerusi MPN: Muhyiddin sedia berkhidmat secara sukarela tanpa imbuhan
Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sedia menjalankan tugas sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) bertaraf Menteri secara sukarela tanpa apa-apa imbuhan.
7. Paralimpik Tokyo 2020: Meskipun cedera, Latif terus 'terbang tinggi', sumbang emas ketiga negara
Jaguh lompat jauh para negara, Abdul Latif Romly menghadiahkan kilauan emas ketiga buat negara dalam Sukan Paralimpik Tokyo 2020.
8. 'Selama 30 tahun hidup macam-macam dah buat' - Aliff Aziz syukur Allah buka hati untuk bertaubat
Pelakon dan penyanyi Aliff Aziz akui terkesan apabila keluarga menjadi mangsa kecaman netizen akibat daripada perbuatannya sendiri.
9. Remaja bawah 18 tahun divaksin minggu depan, bermula dengan Sarawak - KJ
Remaja berusia 18 tahun ke bawah bakal menerima suntikan vaksin COVID-19 bermula pada minggu hadapan.
10. Raja Muda Selangor nafi ada kaitan dengan pemaju Hutan Simpan Kuala Langat Utara
Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menafikan sebarang hubungan dengan mana-mana pemaju yang terlibat dalam projek pembangunan di Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU).
#berita pilihan #Astro Awani #berita dalam negara #berita tempatan #KKM #vaksin #COVID-19 #Paralimpik Tokyo 2020
;