Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Julai 13, 2021 15:59 MYT
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 13 Julai 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 13 Julai 2021.
1. Kerajaan pertimbang RM1.1 bilion tambahan untuk tangani COVID-19 di Lembah Klang
Kerajaan akan mempertimbangkan peruntukan tambahan RM1.1 bilion kepada KKM untuk menangani wabak COVID-19 di Lembah Klang.
2. Kabinet akan teliti isu doktor kontrak, kos diperlukan mungkin RM2 bilion - PM Muhyiddin
Perdana Menteri berkata, antara faktor yang perlu diperhalusi ialah soal kos serta kekangan kewangan yang dihadapi Kerajaan untuk menyerap kesemua doktor kontrak yang terlibat.
3. 204 petugas di PPV IDCC Shah Alam positif COVID-19
Penerima vaksin yang hadir di PPV tersebut pada 9 Julai, daripada jam 4 petang, disaran agar memantau sebarang gejala COVID-19 selama 10 hari.
4. Sekarang bukan masa berpolitik, beri tumpuan tangani krisis kesihatan dan ekonomi - TMJ
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan pandangan bahawa setiap ahli politik seharusnya memberi keutamaan dalam menangani krisis COVID-19 khususnya yang menyentuh soal kesihatan dan ekonomi rakyat.
5. Warisan nafi kerjasama dengan PN seperti laporan Sarawak Report
Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan bahawa laporan tersebut sebagai tidak benar.
6. COVID-19: 11,079 kes baharu, angka tertinggi negara sejak pandemik bermula
Sejumlah 11,079 jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan di Malaysia dalam tempoh 24 jam lalu sekali gus mencatat angka tertinggi sejak pandemik melanda negara tahun lalu.
7. Bapa Ebit Lew meninggal dunia
Selain kerja amal, pendakwah bebas, Ebit Lew sejak kebelakangan ini banyak berkongsi kisah bapanya di laman sosial yang tidak begitu sihat dan kerap menerima rawatan di hospital.
8. Dua dos vaksin kurangkan kemasukan ke hospital, kurangkan tekanan sistem kesihatan awam
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, situasi positif itu sekali gus dapat mengurangkan tekanan terhadap sistem kesihatan awam, kemasukan ke unit rawatan rapi (ICU), serta kemungkinan kadar kematian akibat wabak tersebut.
9. Pasukan Bertindak Khas GKV tumpu 4 strategi tangani peningkatan kes Lembah Klang
Pasukan Bertindak Khas Greater Klang Valley (GKV) Kementerian Kesihatan (KKM) merangka empat strategi utama dalam menangani penularan COVID-19 di Lembah Klang.
10. Varian Delta: KKM jangka kes COVID-19 terus meningkat dalam tempoh 2 minggu
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan jumlah kes harian COVID-19 akan terus meningkat untuk tempoh satu ke dua minggu akan datang, sebelum kembali stabil, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
#berita pilihan #berita tempatan #berita utama #Berita AWANI #berita Malaysia #COVID-19 #Lembah Klang #vaksin #Varian Delta #KKM #Dr Noor Hisham Abdullah