Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Jun 11, 2021 23:59 MYT
Jun 11, 2021 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 11 Jun 2021.
Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) hari ini menolak cadangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk diwujudkan kembali Majlis Gerakan Negara (MAGERAN).
Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) pencapaian itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin seluruh negara setakat ini adalah 4.1 juta dos.
Polis mengesahkan telah menahan pemilik akaun Instagram dikenali sebagai ‘safieyillias94’ yang didakwa membuat komunikasi lucah dan amang seksual dengan kanak-kanak bawah umur.
UMNO mengambil pendirian agar darurat yang sedang berkuat kuasa sekarang ditamatkan selepas 1 Ogos dan Parlimen dapat diteruskan seperti biasa.
Kedua-dua individu berkenaan direman tiga hari bagi membantu siasatan dakwaan membuat komunikasi lucah dan amang seksual terhadap kanak-kanak di bawah umur dalam satu siaran secara langsung menerusi aplikasi media sosial.
Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof disahkan positif COVID-19 setelah menerima keputusan ujian saringan awal pada Khamis.
Lima individu didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh pada Jumaat atas tuduhan menculik dan membunuh seorang lelaki yang mayatnya ditemui terapung dalam Sungai Kinta, di Ipoh, bulan lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, daripada 6,849 jangkitan baharu COVID-19 hari ini, sebanyak 2,558 kes dilaporkan di Selangor.
Penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi menerusi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) atau 'total lockdown' di seluruh negara yang bermula 1 Jun lalu, disambung lagi selama 14 hari bermula 15 sehingga 28 Jun.
Susulan keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) atau 'total lockdown' sehingga 28 Jun ini, Sarawak memutuskan untuk melaksanakan perkara sama.
#berita pilihan
#berita tempatan
#berita utama
#berita Malaysia
#Astro Awani
#total lockdown
#PKP
#COVID-19
#vaksin
#darurat
#MAGERAN