Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Jun 10, 2021 23:37 MYT
Jun 10, 2021 23:37 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 10 Jun 2021.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad antara pemimpin yang dijadual menghadap Al-Sultan Abdullah hari ini, selain Datuk Seri Maximus Ongkili dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2020 mencatatkan pencapaian calon yang lebih baik dengan Gred Purata Nasional 4.80 berbanding 4.86 pada 2019, pencapaian terbaik sejak 2016.
Menteri Besar Terengganu berseloroh ketika diminta mengulas spekulasi yang mengaitkan dirinya kini tersepit dengan istana sehubungan dakwaan wujud usaha Pas untuk mengambil alih jawatannya.
Kempen vaksinasi di Malaysia berjalan perlahan, antara lain berpunca dari proses penilaian yang perlu dilalui sebelum mendapatkan bekalan vaksin COVID-19 daripada pengeluar, kata Dr Steven Chow.
Mangsa, Jusoh Muda, 82 tahun, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 6.31 pagi ini ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
Phillip Among mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu di sini hari ini atas lima pertuduhan termasuk mencabul dua wanita bulan lalu.
Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertanya kepadanya mengenai waktu yang sesuai bagi negara mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan penubuhan kerajaan atau kuasa baharu sama seperti Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang pernah ditubuhkan pada tahun 1969 semasa menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Pakar motivasi, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad memohon maaf atas salah faham susulan kenyataan "wanita kena jadi bodoh-bodoh sikit" dalam satu klip video yang tular di media sosial baru-baru ini.
Laporan Jawatankuasa Siasatan Insiden Perlanggaran Tren LRT Kelana Jaya, mengesahkan insiden tren bertembung berhampiran Stesen KLCC pada 24 Mei lalu berpunca akibat kecuaian manusia.
#berita tempatan
#berita pilihan
#berita utama
#Yang di-Pertuan Agong
#SPM 2020
#Mahathir Mohamad
#vaksin
#MAGERAN
#COVID-19