Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
April 15, 2021 23:43 MYT
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 15 April 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 15 April 2021.
1. Suami isteri parah kereta dirempuh pemandu lawan arus
Sepasang suami isteri parah selepas kereta dinaiki bersama anak mereka bertembung sebuah kenderaan lain yang dipandu secara melawan arus, di sini, malam tadi.
2. Ebit Lew beli khemah, bantu peniaga bazar Ramadan terjejas akibat ribut
Hujan lebat yang melanda beberapa kawasan di Lembah Klang pada lewat petang sejak kebelakangan ini pastinya memberi kesan, khususnya kepada peniaga bazar Ramadan.
3. Guru ditemui meninggal dunia dalam kereta
Seorang guru meninggal dunia di dalam sebuah kereta yang diparkir di hadapan rumah di Kuarters Guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bagan Terap di sini, petang Rabu.
4. Pukul pengawal peribadi sebab puasa, empat lelaki direman
Tiga lelaki direman lima hari manakala seorang lagi selama tujuh hari di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis berhubung kes dua pekerja lelaki yang dipukul dan diacukan pistol oleh majikan kerana berpuasa.
5. Tiada niat jahat di sebalik pengisytiharan Darurat - Muhyiddin
Perdana Menteri berkata pengisytiharan tersebut dilakukan dengan tujuan utama membendung penularan pandemik COVID-19 serta mempercepatkan langkah perundangan berkaitan pengurusan wabak itu.
6. Pukul 'bodyguard' berpuasa: Polis bongkar suspek dalang sindiket, rampas emas, wang RM28.45 juta
Penangkapan lima suspek suspek kes pukul dua pengawal peribadi hanya kerana mereka berpuasa, membongkar aktiviti sindiket perjudian dalam talian, pengubahan wang haram dan along.
7. Polis minta bantuan Interpol kesan Nicky Liow
Polis akan mendapatkan waran baharu bagi tujuan membuat permohonan notis merah untuk terus menahan ahli perniagaan dalam buruan, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee yang disyaki mendalangi sebuah kumpulan jenayah terancang di negara ini sekiranya berada di luar negara.
8. Rentas negeri mungkin dibenarkan jika kes turun - MKN
Rentas negeri mungkin akan dibenarkan sekiranya kes harian COVID-19 di Malaysia mencatatkan penurunan ketara menjelang akhir Ramadan kelak.
9. COVID-19: 2,148 jangkitan baharu, Sarawak catat kes tertinggi
Jumlah kes harian dalam negara terus mencatatkan peningkatan dengan 2,148 lagi individu disahkan positif COVID-19 pada Khamis menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan dalam negara bertambah kepada 367,977 setakat hari ini.
10. 1MDB: Polis sahkan ambil keterangan Datuk Tawfiq Ayman
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob, dalam satu kenyataan berkata, Datuk Tawfiq Ayman dan seorang anaknya merakamkan percakapan di Menara KPJ, Jalan Tun Razak di sini.
#berita pilihan #berita tumpuan #berita tempatan #berita Malaysia #Astro Awani #COVID-19 #Muhyiddin Yassin #Nicky Liow #MKN #1MDB #Tawfiq Ayman
;