Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
April 2, 2021 23:53 MYT
April 2, 2021 23:53 MYT
Berikut antara berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 2 April 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 2 April 2021.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melakukan kunjungan kedua ke Medan Niaga Satok, yang dirasmikannya sendiri pada 28 Januari 2013 ketika menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Seorang wanita bersama bayi perempuannya berusia 14 hari maut dalam kemalangan di Jalan Ampang, ibu negara pada Khamis.
Tiada bakteria Salmonella enteritidis (SE) dikesan di ladang ayam penelur CEM 014 Linggi Agriculture Farm, menurut Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).
Kementerian Pertahanan belum menerima sebarang makluman berhubung dakwaan terdapat ejen Korea Utara menjadikan negara ini sebagai transit penyeludupan barangan dari negara luar.
Sumber kewangan digunakan untuk tujuan makanan haiwan, penjagaan asas haiwan dan gaji kakitangan, hingga tiada peluang untuk pembangunan fasiliti pendidikan, perlindungan serta penyelidikan saintifik.
Tindakan kerajaan tidak melaksanakan Undi18 ketika ini meskipun diluluskan di peringkat Dewan Rakyat dan Dewan Negara adalah dilihat sebagai tindakan mencabul demokrasi.
Persoalan berkaitan pembahagian kerusi yang akan diwakili Perikatan Nasional (PN) di Sarawak dalam Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN-12), akan dibincang kemudian.
Kes COVID-19 dalam negara terus mencatatkan peningkatan dengan 1,294 kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu. Ini hari keempat berturut-turut Malaysia mengesahkan kes empat angka, yang menjadikan jumlah kumulatif kes positif kini sebanyak 347,972 kes.
Sesuai dengan mood "Good Friday", dengan Sarawak bercuti, kunjungan tersebut berlangsung dalam suasana muhibah dan mesra, apatah lagi ia pertama kali bagi "Tok Abah" sejak bergelar Perdana Menteri.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan strategi kerajaan yang selektif untuk menarik pelaburan asing sebagai satu kegagalan.
#berita pilihan
#berita tumpuan
#berita tempatan
#berita Malaysia
#Astro Awani
#Perdana Menteri
#Muhyiddin Yassin
#GPS
#Sarawak
#Undi18
#PN
#COVID-19
#Anwar Ibrahim