Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Mac 14, 2021 15:40 MYT
Antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad 14 Mac 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 14 Mac 2021.
1. Keputusan Xavier manifestasi keyakinan terhadap PM - Hamzah
Perikatan Nasional (PN) mengalu-alukan pengumuman Datuk Dr Xavier Jayakumar yang menyokong pentadbiran kerajaan itu sebagai Ahli Parlimen Bebas.
2. Lelaki terlibat pergaduhan Bangsar ditahan, suspek lain sedang diburu - Polis
Seorang lelaki ditahan selepas disyaki terlibat dalam pergaduhan sekumpulan individu sehingga menyebabkan kematian di Jalan Telawi, Bangsar awal pagi Sabtu.
3. PKPP: Sabah kuat kuasa SOP bas ekspres mulai hari ini
Kerajaan negeri Sabah bersetuju menguatkuasakan prosedur operasi standard (SOP) bagi operasi bas ekspres yang menjalankan perkhidmatan mengambil penumpang dan barangan di seluruh negeri sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), berkuat kuasa hari ini.
4. Dakwaan 'pengundi hantu': Konvensyen DAP Perak kecoh
Suasana di sekitar Konvensyen DAP negeri Perak hari ini kecoh apabila timbul dakwaan berlaku penipuan jumlah perwakilan yang dibenarkan untuk mengundi ahli jawatankuasa DAP negeri.
5. Dilabel 'pelacur politik': Pas utus surat zahir kekesalan kepada Tengku Razaleigh
Tindakan Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah yang menyifatkan Pas sebagai 'pelacur politik' adalah amat tidak wajar, tegas Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.
6. COVID-19: 1,354 kes baharu, 1,782 kes sembuh
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sebanyak 1,354 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan sehingga jam 12.00 tengah hari tadi.
7. Ubah wang haram RM3.4 juta: Pengurus hartanah syarikat minyak dan gas, isteri ditahan SPRM
Seorang pengurus hartanah syarikat minyak dan gas bersama isterinya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini kerana dipercayai menerima rasuah dan melakukan pengubahan wang haram melibatkan wang berjumlah kira-kira RM3.4 juta.
8. Anwar punca keluar PKR, amal politik pecah belah, nepotisme, kronisme - Bekas MP PKR
Keputusan tiga Ahli Parlimen meninggalkan PKR didakwa didorong oleh rasa kecewa yang mendalam terhadap kepimpinan Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
9. Polis siasat dakwaan Konvensyen DAP Perak tidak ikut SOP
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan mengenai dakwaan bahawa Konvensyen DAP Perak, tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
10. 2 suspek kes panah anjing sehingga mati ditahan
Dua lelaki yang disyaki terbabit dalam kejadian memanah seekor anjing sehingga mati di Kampung Berjaya, dekat Alor Setar ditahan polis petang tadi.
#berita tempatan pilihan #Astro Awani #COVID-19 #PKP #Perikatan Nasional #Konvensyen DAP #UMNO #KKM #Anwar Ibrahim #PKR