Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Mac 11, 2021 22:30 MYT
Mac 11, 2021 22:30 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 11 Mac 2021.
Keputusan Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu membenarkan penganut Kristian seluruh negara menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan pendidikan agama itu jelas menunjukkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) terus tegas tidak akan mencampuri urusan mahkamah.
Tindakan menghapuskan tol lebuh raya di seluruh negara bukan satu keputusan yang mudah, kata Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Gaji dan elaun Ahli Parlimen dan Senator perlu dibayar walaupun Parlimen tidak bersidang kerana tanggungjawab mereka di luar dewan berjalan seperti biasa.
4) Zahid guna RM1.4 juta dana milik Yayasan Akalbudi bayar kad kredit, insurans dan cukai jalan - Saksi
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu saksi ke-99 bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggunakan dana berjumlah RM1.4 juta milik Yayasan Akalbudi bagi pembayaran sembilan kad kredit, insurans kenderaan dan cukai jalan bagi 20 buah kenderaan miliknya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, masih terlalu awal untuk pihaknya mengulas berhubung keputusan mahkamah membenarkan penggunaan kalimah Allah dan tiga perkataan lain dalam penerbitan agama Kristian negara ini.
Dua remaja yang gambar mereka tular kerana menunggang motosikal dengan tidak memakai topi keledar selain baju seragam yang dipakai tertulis perkataaan mencarut guru didakwa hari ini.
Saksi pendakwaan ke-98 perbicaraan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa Zahid meminta sumbangan sebanyak RM10 juta daripada seorang ahli perniagaan Singapura dalam satu majlis makan malam pada tahun 2015.
Malaysia merekodkan 1,647 jangkitan baharu COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 319,364, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Kerajaan telah mewartakan Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) (No 2) 2021, berkuatkuasa 12 Mac, 2021, khusus untuk memerangi aktiviti penghasilan dan penyebaran berita tidak benar.
Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim hari ini memaklumkan secara rasmi kepada kerajaan supaya anggota Dewan Negara disertakan dalam senarai barisan hadapan untuk menerima suntikan vaksin COVID-19.
#berita yang paling menjadi tumpuan
#berita dalam negara
#Astro Awani
#Kalimah Allah
#penganut Kristian
#Perikatan Nasional
#Hapus tol
#Fadillah Yusof
#potong gaji MP