Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Mac 10, 2021 22:31 MYT
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 10 Mac 2021.
1) Akibat dijerat hutang, wanita bunuh jiran, sembunyi mayat bawah katil
Gara-gara mahu mendapatkan wang bagi melangsaikan hutang, seorang pembuat kuih sanggup membunuh rakan senegaranya di tingkat dua sebuah pangsapuri di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya.
2) Anak bekas Timbalan Perdana Menteri mengaku tidak bersalah hina kerabat diraja Johor
Anak bekas Timbalan Perdana Menteri mengaku tidak bersalah atas dakwaan menghina Kerabat Diraja Johor pada tahun lalu. Pengakuan itu dibuat di hadapan hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob di Mahkamah Sesyen Johor Bahru.
3) Perbicaraan Zahid Hamidi: Tiada dokumen bukti RM26.05 juta sebagai sumbangan - Saksi
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu tiada sebarang dokumen yang membuktikan sebanyak 27 cek berjumlah RM26.05 juta yang diberikan kepada Tetuan Lewis & Co selaku pemegang amanah Yayasan Akalbudi milik Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi adalah bagi tujuan sumbangan.
4) Penganut Kristian boleh guna kalimah 'Allah'
Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan bahawa penganut agama Kristian di seluruh negara boleh menggunakan kalimah “Allah” dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan agama mereka untuk tujuan pendidikan. Tiga perkataan itu ialah Baitullah, Kaabah dan solat.
5) TH sambut baik usaha Muhyiddin berjaya peroleh 10,000 kuota tambahan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) menyambut baik usaha Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berjaya memperolehi 10,000 kuota tambahan semasa pertemuannya dengan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman Abdulaziz Al Saud.
6) COVID-19: 1,448 kes baharu, 2,137 sembuh dan 5 kematian
Malaysia merekodkan sebanyak 1,448 kes baharu COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 317,717 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu sebanyak 10 adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.
7) PRU15: Tiada pertembungan UMNO-Pas, dengan Bersatu pula dirungkai kemudian - Ahmad Maslan
Pas dan UMNO perlu mencapai kata muafakat bagi memastikan tidak ada pertembungan antara dua parti Melayu Islam terbesar itu sewaktu Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan.
8) UMNO parti kebanyakan, tidak terbentuk atas percaturan elit, pengkhianatan - Khalid Nordin
Keputusan UMNO untuk tidak bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) adalah kerana parti berkenaan mendengar hasrat akar umbi, kata Naib Presidennya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
9) Pasangan suami isteri bunuh, sorok mayat jiran bawah katil direman enam hari
Mahkamah Shah Alam hari ini mengeluarkan perintah tahanan reman selama enam hari ke atas pasangan suami isteri yang dipercayai membunuh jiran mereka sebelum mayat wanita itu disorok di bawah katil rumah di tingkat dua sebuah blok pangsapuri di Persiaran Subang Mewah, USJ 1 di sini.
10) 585 bebuli vaksin rosak dipulangkan, Pfizer-BioNTech ganti semula - Khairy
Sebanyak 585 bebuli vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech yang diterima Malaysia sebelum ini dipulangkan semula, kerana didapati rosak akibat suhu penyimpanan vaksin itu berubah.
#berita tempatan #berita Malaysia #berita pilihan #Astro Awani #berita utama #vaksin #COVID-19 #Muhyiddin Yassin #Zahid Hamidi #UMNO #Pfizer #Khairy Jamaluddin #PAS
;