Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Mac 4, 2021 23:31 MYT
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 4 Mac 2021.
1. COVID-19: 2,063 kes baharu, lima kematian
Sebanyak 2,063 kes baharu dilaporkan bagi tempoh 24 jam yang laku menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 307,943 kes.
2. Kerajaan pertimbang pergerakan rentas negeri ikut zon - Ismail Sabri
Kerajaan sedang mempertimbang membenarkan pergerakan rentas antara dua negeri zon hijau yang berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
3. BN syorkan sidang Parlimen disegerakan, seru PM hormati titah Agong
Barisan Nasional (BN) mengesyorkan Ahli-Ahli Dewan Rakyat menyeru Perdana Menteri dan Jemaah Menteri menghormati titah Yang di-Pertuan Agong agar sidang Parlimen dilaksanakan dalam kadar segera.
Perkara itu dimaklumkan dalam satu kenyataan media Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Khamis.
4. Vaksin diberikan secara percuma, KKM sedang kenal pasti hospital, klinik swasta
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mengenal pasti hospital dan klinik swasta untuk diberikan vaksin bagi meneruskan Program Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan.
5. COVID-19: Tujuh hospital dikenal pasti buat ujian persampelan guna air liur
Tujuh buah hospital telah dikenal pasti Kementerian Kesihatan (KKM) bagi menjalankan ujian penilaian lapangan menggunakan kaedah pengambilan sampel air liur (deep throat saliva) bagi ujian saringan COVID-19.
6. Pembinaan Pan Borneo Sarawak siap 60 peratus, Sabah 45 peratus - Fadillah
Projek Lebuh Raya Pan Borneo, satu daripada projek utama di bawah Kementerian Kerja Raya, menunjukkan kemajuan positif apabila masing-masing mencapai kemajuan 60 peratus di Sarawak dan 45 peratus di Sabah.
7. PH mohon perkenan Agong, segerakan sidang Parlimen
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon agar sidang Parlimen dapat disegerakan secepat mungkin berikutan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah membenarkan Parlimen bersidang ketika tempoh darurat.
8. Sarawak Pay ke peringkat global
Aplikasi dompet elektronik atau e-dompet Sarawak Pay kini boleh digunakan untuk transaksi pembayaran antarabangsa. Ia susulan pelancaran kad maya UnionPay menerusi Sarawak Pay hari ini.
9. Bersatu pandang serius surat Presiden UMNO, beri implikasi besar terhadap kerjasama politik
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memandang serius kandungan surat yang dihantar Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada 26 Februari lalu.
10. Individu masuk ke Sabah, Sarawak, Labuan perlu jalani ujian swab
Individu yang mendapat kebenaran polis untuk memasuki Sabah, Sarawak dan Labuan perlu menjalani ujian swab tiga hari sebelum melakukan perjalanan ke negeri tersebut.
#berita tempatan #berita pilihan #berita dalam negara #KKM #Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah #COVID-19 #Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob #Menteri Kanan Pertahanan #Barisan Nasional #Bersatu #Pakatan Harapan
;