Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Februari 19, 2021 23:41 MYT
Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 19 Februari 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 19 Februari 2021.
1) Malaysia bakal nikmati teknologi 5G menjelang hujung tahun ini - Muhyiddin
Rakyat Malaysia dijangka dapat menikmati teknologi 5G secara berperingkat menjelang hujung tahun ini, kata perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
2) Abang Johari bakal penerima vaksin COVID-19 pertama di Sarawak - Uggah
Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg akan menjadi penerima vaksin yang pertama di negeri itu.
Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas semasa sidang media harian COVID-19 hari ini.
3) COVID-19: 2,936 kes baharu, 13 kematian
Sebanyak 2,936 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini yang menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak 277,811 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 17 kes import dilaporkan yang menerima jangkitan daripada luar negara manakala selebihnya merupakan jangkitan kes tempatan.
4) MyDIGITAL mampu perkasa kehidupan rakyat Malaysia - PM Muhyiddin
Pelaksanaan inisiatif MyDIGITAL mampu memperkasakan setiap rakyat Malaysia daripada segi memperbaiki setiap aspek kehidupan mereka, kata perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
5) Ingkar PKP: 443 individu ditahan, 404 kompaun dikeluarkan
Seramai 443 individu ditahan atas pelbagai kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semalam.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan di sini hari ini berkata, daripada jumlah itu, 404 individu dikompaun manakala 39 lagi direman.
6) PdP bersemuka bermula Mac, April ini
Murid sekolah rendah bagi darjah satu dan dua serta pra sekolah bakal memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka bermula 1 Mac ini.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) turut memaklumkan, sesi persekolahan bagi murid darjah tiga, empat, lima dan enam pula akan bermula pada 8 Mac.
[INFOGRAFIK] Pembukaan sekolah KPM
7) PPR dijenamakan semula sebagai Rumah Malaysia - Zuraida
Projek Perumahan Rakyat (PPR) akan dijenamakan semula sebagai Rumah Malaysia bermula projek tahun ini, selain keluasan rumah ditambah kepada 900 kaki persegi (kps) berbanding 700 kps sekarang, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Zuraida Kamaruddin.
8) Kilang proses ayam sejuk beku didenda RM35,000 kerana cemar alam sekitar
Sebuah kilang memproses ayam sejuk beku di Tanjung Karang didenda sebanyak RM35,000 selepas didapati gagal mematuhi had piawai yang ditetapkan di dalam Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009.
9) Vaksin Sinovac tiba di Malaysia pada 27 Februari
Bekalan pertama vaksin COVID-19 buatan syarikat biofarmaseutikal dari China, Sinovac dijangka tiba di Malaysia pada 27 Februari depan.
10) Pengasas Sugarbook direman tujuh hari
Pengasas aplikasi janji temu, Sugarbook, direman tujuh hari di Mahkamah Tinggi di Shah Alam bagi membantu siasatan dakwaan laman itu digunakan sebagai platform mencari perempuan simpanan.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2021)
#berita pilihan #berita dalam negara #berita tempatan #pandemik #COVID-19 #sugarbook #Vaksin Sinovac #PdP bersemuka #PKP #KKM
;