Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Februari 10, 2021 23:57 MYT
Februari 10, 2021 23:57 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 10 Februari 2021.
Kerajaan mengumumkan telah bersetuju untuk menetapkan harga siling bagi dua produk petroleum iaitu RON95 dan diesel di pasaran.
Gelaran darjah kebesaran Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk kepada dua selebriti tanah air, Farid Kamil Zahari dan Boy Iman ditarik semula oleh Istana Pahang.
Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Ayer Keroh atas tuduhan membunuh anak mereka yang berusia tujuh tahun.
Sebuah syarikat terkenal yang menjual peranti dan perkakasan di Shah Alam menjadi syarikat pertama didakwa di mahkamah atas kesalahan mempromosikan peranti kotak Android bagi membolehkan pintasan ke atas langkah perlindungan teknologi terhadap karya siaran pemilik hak cipta di premis perniagaan berkenaan.
Malaysia merekodkan sebanyak 3,288 kes baharu membabitkan jangkitan COVID-19 pada Rabu.
Kerajaan hari ini bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Teluk, Setiawan, Perak bermula 11 sehingga 24 Februari ini.
Nama Ibu Yati kembali hangat viral di media sosial sejak penghujung Januari lalu apabila memuat naik kenyataan menggusarkan yang terkait dengan pertikaian agama.
Tindakan cemburu seorang wanita menegur suaminya selepas melihat lelaki itu 'berduet' dengan isteri keduanya dalam aplikasi TikTok, membawa padah apabila mangsa dibelasah sehingga mati.
Seramai 34 Ahli Parlimen dari pembangkang menggesa Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dan Kabinet Perikatan Nasional (PN) menarik balik perintah kuarantin tiga hari bagi menteri yang telah dimasukkan dalam warta Persekutuan.
Kerajaan meluluskan peruntukan bagi Bantuan Wang Ihsan berjumlah RM10.25 juta untuk membantu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat bencana banjir semasa musim monsun timur laut 2020/2021.
#berita pilihan
#COVID-19
#tuduhan bunuh
#RON95
#diesel
#PKPD
#Kementerian Kewangan
#kotak TV Android
#perintah kawalan pergerakan
#kuarantin
#banjir