Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Madiha Abdullah
Januari 24, 2021 15:27 MYT
Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 24 Januari 2021.
1. Isu PKP penuh hanyalah perbincangan tidak rasmi dengan MITI - EuroCham
Dewan Perniagaan dan Industri Kesatuan Eropah (EU)-Malaysia (EuroCham Malaysia) menafikan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) ada menyebut berkenaan lockdown atau pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh jika kes jangkitan gagal diturunkan, Februari depan.
2. COVID-19: 9 kluster baharu dikesan, 8 daripadanya kluster tempat kerja
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengesan sebanyak sembilan lagi kluster baharu COVID-19 pada Ahad.
3. COVID-19: 10 lagi sekolah rendah di Kuala Terengganu diarah tutup
Sebanyak 10 buah sekolah rendah di Terengganu ditutup bermula hari ini bagi membolehkan proses sanitasi dilakukan di sekolah berkenaan.
4. COVID-19: 3,346 kes baharu, 4,427 kes sembuh dicatatkan
Malaysia mencatatkan sebanyak 3,346 kes jangkitan baharu COVID-19 pada Ahad dengan 11 lagi kes kematian.
5. 6,894 pekerja asing jalani ujian saringan, ini 5 tumpuan kenyataan media Ismail Sabri
Seramai 6,894 pekerja asing telah menjalani ujian saringan COVID-19, menurut Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Ahad.
6. Hadi sifatkan berbalah pasal jawatan PM ketika COVID-19 kerja mengarut
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan perbalahan mengenai jawatan perdana menteri ketika negara berdepan pandemik COVID-19 sebagai perbuatan mengarut dan tidak peka dengan kesusahan yang dihadapi rakyat.
7. Tutup ekonomi: Lebih ramai 'mati' akibat kemiskinan berbanding COVID-19 - CME
Sebarang tindakan untuk menutup sepenuhnya aktiviti ekonomi sekiranya kes COVID-19 di negara ini gagal dikawal hanya akan memusnahkan ekonomi, kata Pusat bagi Pendidikan Pasaran (CME).
8. COVID-19: Pejabat KWSP Jalan Raja Laut ditutup bermula esok
Pejabat dan kaunter Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur akan ditutup sementara mulai esok selepas salah seorang kakitangannya disahkan positif COVID-19.
9. Thaipusam: Hanya petugas dibenarkan bawa patung Dewa Murugan, tiada perarakan pengikut - Annuar Musa
iada sebarang perarakan yang dibenarkan ketika proses membawa patung Dewa Murugan di ibu negara, sempena sambutan Thaipusam minggu depan kata Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa.
10. "Ini adalah berita palsu" - Tok Mat nafi dipilih sebagai calon PM
"Sila ambil maklum. Ini adalah berita palsu. Berita palsu 'lebih cepat' tersebar berbanding virus COVID-19. Berhati-hatilah."
Demikian kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam satu perkongsian di laman Instagram beliau pada Ahad yang menafikan dakwaan bahawa beliau telah dipilih sebulat suara sebagai calon Perdana Menteri untuk Muafakat Nasional (MN) bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.
10 Berita Pilihan - (24 Januari 2021)
#berita tempatan #COVID-19 #perintah kawalan pergerakan #PKP #pandemik #Kementerian Kesihatan #KKM #Thaipusam #Tan Sri Annuar Musa #ismail sabri yaakob #UMNO #EuroCham