Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Januari 9, 2021 23:40 MYT
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Sabtu, 9 Januari 2021.
1) Fasiliti KKM masih mampu tampung pesakit COVID-19 - Dr Adham
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata fasiliti kementerian itu masih mampu menampung jumlah pesakit COVID-19 di sebalik peningkatan mendadak kes semasa.
Bagaimanapun katanya kementerian akan mengaktifkan semula lebih banyak Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) di seluruh negara bagi menempatkan pesakit berisiko rendah
2) Tidak perlu panik, kerajaan beri masa rakyat bersedia - Ismail Sabri
Kerajaan akan memberi tempoh secukupnya untuk rakyat bersedia sebelum melaksanakan sebarang tindakan mengawal jangkitan COVID-19 yang menunjukkan trend peningkatan sejak kebelakangan ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
3) Bapa terkilan tidak tunai pesanan akhir Mohammad Hakimin
"Arwah tidak henti-henti berpesan kepada saya supaya membawa baju Melayu kesayangan, pemberian kakak sulungnya Rabiatul Fitri ke tempat perpindahan," luah Mohd Rahim Mohd Yusof, 53, bapa allahyarham Mohammad Hakimin yang terkorban ketika membantu mangsa banjir berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).
4) WhatsApp 'Aduan Potholes DBKL' saluran maklumat jalan rosak
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memperkenalkan talian aduan melalui aplikasi WhatsApp dikenali sebagai 'Aduan Potholes DBKL' bagi kemudahan orang ramai membuat aduan atau menyalurkan maklumat berkaitan kerosakan jalan raya di ibu kota.
5) Bayi 4 bulan meninggal dunia di rumah pengasuh di Putrajaya
Seorang bayi lelaki berusia empat bulan ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia di rumah pengasuhnya di Presint 9 di sini semalam.
6) Lapan rumah panjang di Sibu dikenakan sekatan pergerakan, 37 kes positif
Lapan buah rumah panjang di Pasai Siong, Sibu dikenakan sekatan pergerakan selama 14 hari susulan 37 individu di salah sebuah rumah panjang berkenaan disahkan positif COVID-19, semalam.
7) Ahmad Jazlan tarik balik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional
Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub hari ini menarik balik sokongannya kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN). Perkara itu dimaklumkan dalam satu sidang media di Kota Bharu pada Sabtu.
Ahli Parlimen Machang tarik balik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional
8) COVID-19: 2,451 kes baharu, jumlah kes aktif melebihi 26,000
Malaysia masih mencatatkan jumlah kes baharu COVID-19 yang membimbangkan, dengan 2,451 kes lagi dicatat hari ini.
Ini menjadikan jumlah kes positif COVID19 di Malaysia sebanyak 133,559 kes, dengan kes aktif ketika ini adalah 26,185 kes.
9) PKPD di tiga lokasi dilanjutkan sehingga 24 Januari - Ismail Sabri
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Penjara Jelebu, kuarters kakitangan di Negeri Sembilan, Pusat Koreksional Johor Bahru dan kuarters kakitangan serta Dewan Arena Segitiga Taman Desa Sejahtera Mukim Kota Tinggi dilanjutkan bermula 11 sehingga 24 Januari 2021.
10) MKT UMNO sudah setuju putus kerjasama dengan Bersatu... - Zahid Hamidi
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, bagaimanapun menjelaskan keputusan muktamad atau keabsahan berhubung usul berkenaan perlu diputuskan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang akan diadakan pada 31 Januari depan.
#Datuk Seri Dr Adham Baba #berita pilihan #berita pilihan dalam negara #berita tempatan #COVID-19 #pandemik #Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob #Menteri Kanan Kluster Keselamatan #Pesawat Sriwijaya #UMNO #Zahid Hamidi
;