Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Disember 31, 2020 23:14 MYT
Disember 31, 2020 23:14 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 31 Disember 2020.
Malaysia menutup tahun 2020 dengan mencatatkan kes positif COVID-19 tertinggi hari ini, dengan 2,525 kes.
Peperangan melawan pandemik COVID-19 masih belum tamat, malah kian sengit yang memerlukan kesepaduan rakyat dan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menanganinya, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat menyambut Tahun Baharu 2021 kepada seluruh rakyat Malaysia dalam dan luar negara.
Nasihat itu disampaikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang mahu kebajikan rakyat didahulukan, terutama ketika negara sedang berjuang melawan pandemik COVID-19.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membayangkan kerjasama antara beliau dan Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan berulang lagi.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi kenyataan media terakhirnya pada 2020 menasihatkan semua rakyat Malaysia mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan amalkan kawalan kendiri.
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendakwa kegiatan sindiket kartel daging di Johor masih aktif walaupun dua individu sudah dihadapkan ke mahkamah pada Rabu.
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan untuk menamakan semula Jalan Universiti di Petaling Jaya dengan nama Jalan Prof Diraja Ungku Aziz.
Wanita yang didakwa membunuh seekor kucing yang sedang bunting dengan cara memukulnya menggunakan sebatang besi di kawasan perumahan di Jalan Pintas Kaloi, Seberang Jaya, Pulau Pinang kelmarin direman selama empat hari oleh Mahkamah Majistret Bukit Mertajam.
Selepas 14 tahun bersama Sinar, hari ini Abby Fana menamatkan khidmatnya sebagai penyampai radio di stesen berkenaan.
#berita pilihan
#berita tempatan
#berita dalam negara
#Astro Awani
#COVID-19
#KKM
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Muhyiddin Yassin
#tahun baharu
#Jalan Prof Diraja Ungku Aziz
#Mahathir Mohamad
#ismail sabri yaakob