Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Disember 30, 2020 15:05 MYT
Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 30 Disember 2020.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 30 Disember 2020.
1. Dua pengarah syarikat pembekal daging mengaku tidak bersalah guna logo halal tanpa perakuan
Dua pengarah syarikat yang juga pasangan suami isteri mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menggunakan logo halal tanpa perakuan pihak berkuasa awal bulan ini di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, di sini pagi ini.
Pengakuan dibuat di hadapan hakim Mohamad Haidar Abdul Aziz.
2. Kartel daging: Australia sedia beri kerjasama, sentiasa patuhi piawai - Pesuruhjaya Tinggi
Kerajaan Australia sedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada Malaysia dalam siasatan berkaita kartel daging import yang dikesan ketika ini.
Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Andrew Goledzinowski berkata pihaknya amat prihatin terhadap isu tersebut yang kini menjejaskan keyakinan pembeli kepada produk dari negara tersebut.
3. Kartel daging: Apa yang kita tahu setakat ini
PADA 2 Disember lalu, Sinar Harian membongkar modus operandi kartel yang menyeludup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina sebelum membungkus semula daging berkenaan menggunakan logo halal dan menjualnya ke pasaran seluruh Malaysia dalam serbuan bersepadu pihak berkuasa di sebuah gudang di Senai.
4. COVID-19: 1,870 kes baharu, Johor pintas Selangor catat kes tertinggi
Malaysia merekodkan 1,870 kes baharu COVID-19, menjadikan jumlah kes positif keseluruhan sebanyak 110,485 kes.
Buat kali pertama, Johor menjadi negeri dengan jumlah kes tertinggi, iaitu 607 kes. Ini diikuti oleh Selangor dengan 472 kes dan Sabah sebanyak 280 kes.
5. COVID-19: Perincian lapan kluster baharu hari ini
Lapan kluster baharu dilaporkan hari ini di Johor, Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Pahang dan Kedah.
6. Muafakat Nasional tidak dapat didaftar, nama telah diguna pihak lain - Mohd Amar
Muafakat Nasional (MN) menghadapi masalah dalam proses pendaftarannya dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).
Perkara itu didedahkan Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dalam satu sidang media di Kota Bharu pada Rabu.
7. Laman web KDN, PDRM mungkin jadi sasaran penggodam
Selain laman web Angkatan Tentera Malaysia (ATM), penggodam mungkin boleh menyasarkan beberapa laman web penting seperti Kementerian Dalam Negeri (KDN), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan sistem berkaitan kesihatan.
Justeru, sistem keselamatan di Malaysia perlu sentiasa bersedia malah bergerak seiring teknologi terkini bagi memastikan penggodam sukar menceroboh sistem mereka.
8. Anggota polis ada rekod rompakan berkumpulan ditahan peras ugut lelaki
Dua anggota polis termasuk seorang yang mempunyai rekod rompakan berkumpulan, ditahan kerana dipercayai memeras ugut seorang lelaki di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, dalam kejadian kira-kira jam 6 petang Khamis lalu, dua suspek yang menaiki kereta peronda polis menahan mangsa berusia 57 tahun yang dalam perjalanan ke Cameron Highlands.
9. Polis tumpas sindiket Macau Scam pindah operasi ke Malaysia susulan COVID-19
Polis berjaya menangkap 22 anggota sindiket Macau Scam yang baru memindahkan operasi mereka dari luar negara ke Perak susulan COVID-19 dalam serbuan di Ipoh pada Selasa.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, pihaknya menahan 19 lelaki dan tiga perempuan warga tempatan berusia antara 20 hingga 46 tahun.
10. #botakchallenge: Syed Saddiq berjaya kumpul RM383,000
Berjaya! Misi #botakchallenge oleh Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam usaha mengumpul RM200,000 untuk membeli komputer riba bagi keluarga susah di kawasan Parlimennya mencapai sasaran.
#berita pilihan #tempatan #COVID-19 #Kluster baharu #kartel daging #polis #rekod lampau #Selangor #Johor #Muafakat Nasional #penggodam #Macau Scam #BotakChallenge #Syed Saddiq