Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Khairunnisa Kasnoon
Disember 15, 2020 00:04 MYT
Disember 15, 2020 00:04 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa, 15 Disember 2020.
Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid meninggal dunia akibat sakit tua di Hospital Prince Court di ibu negara pada pukul 4.30 petang.
Pemakaian pelitup muka di kawasan awam yang sesak adalah diwajibkan dan tindakan kompaun boleh dikenakan kepada mereka yang ingkar terhadap arahan ini.
Namun, menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bagi mereka yang berada di kawasan awam tetapi tidak sesak, mereka tidak akan dikenakan kompaun.
Selepas 126 tahun menjadi pengangkutan tertua di Pulau Pinang, perkhidmatan ikonik feri sebagai alternatif laluan dari Seberang Perai untuk ke bahagian pulau atau sebaliknya akan digantikan dengan bot laju bermula 1 Januari 2021.
Mahkamah Persekutuan membenarkan perbicaraan kes rogol melibatkan bekas Exco Negeri Perak, Paul Yong Choo Kiong akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi, Ipoh, Perak.
Dua lagi individu termasuk seorang pengarah agensi penguat kuasa ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes skandal rasuah berhubung kelulusan dan pengecualian khas kepada beberapa syarikat untuk membawa minyak gred berat di perairan Malaysia, hari ini.
Sepasang suami isteri ditahan selain selaras senapang jenis AK-47 bersama 142 butir peluru dirampas polis Kelantan dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Bahagia, Kuala Krai, di sini pada Ahad lepas.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan sistem pendidikan negara perlu dikaji semula seiring dengan perkembangan teknologi semasa.
Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, pindaan perlu dilakukan bagi menyesuaikan dengan keperluan murid-murid dan anak muda pada masa sekarang.
Seorang pekebun wanita berputih mata apabila keinginannya untuk memiliki seutas gelang tangan emas baharu tidak kesampaian malahan mengalami kerugian RM8,100 akibat ditipu individu yang menyamar sebagai pekerja sebuah kedai emas, minggu lepas.
ehadiran tiga Ahli Parlimen yang menjalani perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) pada sesi Sidang Dewan Rakyat, disifatkan bukan perkara baharu.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun berkata, pengecualian sama telah diberikan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kes-kes tertentu termasuk melibatkan Pesakit Bawah Siasatan (PUI).
Kerajaan bersetuju secara dasar untuk meluluskan permohonan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk membuka aktiviti pelancongan termasuk aktiviti ‘outdoor’.
Namun, menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, MOTAC telah diminta untuk memperincikan garis panduan dengan jelas.
#berita pilihan
#berita tempatan
#COVID-19
#KKM
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Prof Diraja Ungku Abdul Aziz