Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Disember 4, 2020 00:25 MYT
Disember 4, 2020 00:25 MYT
ANTARA pelbagai berita tempatan yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 4 Disember 2020.
“Mungkin ini petanda baik buat negara kita apabila UMNO boleh bekerjasama dengan DAP untuk gugurkan saya sebagai Menteri Besar.”
Demikian reaksi sinis Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu ketika ditanya berhubung kekalutan yang berlaku dalam kerajaan negeri Perak pada Jumaat.
Pas menetapkan untuk tidak menyertai usaha pembentukan Kerajaan Negeri Perak yang baharu.
Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan dalam satu kenyataan juga mengesahkan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas memberikan sokongan kepada Menteri Besar dalam usul dibuat di DUN Perak pada Jumaat pagi.DAP
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima permintaan tiga ketua parti yang mewakili Pakatan Harapan menghadap jam 11.00 pagi esok di Istana Kinta.
Mereka adalah Nga Kor Ming (DAP), Farhash Wafa Salvador (PKR) dan Asmuni Awi (Amanah).
Banjir di Kelantan dan Pahang terus mencatatkan peningkatan jumlah mangsa manakala situasi banjir di Terengganu beransur pulih.
Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di Kelantan meningkat kepada 323 orang sehingga pukul 5 petang ini berbanding 283 orang pada sebelah pagi tadi.
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menzahirkan rasa kesal berhubung situasi yang berlaku dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini.
Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dalam satu kenyataan media sebentar pada Jumaat.
Nike Malaysia hari ini melancarkan jersi baharu skuad Harimau Malaya edisi 2020-2022, dengan buat pertama kalinya dalam tempoh 13 tahun jersi utama pasukan kebangsaan tampil dengan rekaan berkolar.
Menurut kenyataan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), majlis pelancaran jersi berkenaan berlangsung secara maya menerusi video yang disiarkan serentak di kesemua platform media sosial rasmi badan induk bola sepak negara itu.
Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik 3 sen manakala diesel pula naik 5 sen berkuat kuasa 5 hingga 11 Disember ini.
Tiada apa yang membahagiakan artis serba boleh, Alif Satar selain daripada dibenarkan pulang ke rumah selepas disahkan sembuh daripada COVID-19.
Selama 12 hari menerima rawatan di Hospital Melaka, penyanyi, pelakon dan pengacara terkenal itu berkongsi kegembiraan itu di akaun Instagram peribadinya pada Jumaat.
Ujian klinikal fasa 3 vaksin COVID-19 dari China akan dijalankan di lapan hospital bawah seliaan Kementerian Kesihatan (KKM), kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata pusat ujian klinikal terlibat ialah Hospital Ampang (Kuala Lumpur), Hospital Umum Sarawak, Hospital Sungai Buloh (Selangor), Hospital Pulau Pinang, Hospital Seberang Jaya (Pulau Pinang), Hospital Taiping (Perak), Hospital Sultanah Bahiyah (Kedah) dan Hospital Raja Permaisuri Bainun (Perak).
Orang UMNO, sama ada yang progresif mahupun konservatif tidak boleh berada pada kedudukan second fiddle atau tempat kedua pada tempoh yang lama.
Demikian penjelasan Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan mengenai hubungan politik yang dijalinkan antara parti tersebut dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
#politik perak
#Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu
#Menteri Besar Perak
#COVID-19
#Sultan Perak
#Datuk Takiyuddin Hassan
#Datuk Seri Hamzah Zainudin
#UMNO
#Bersatu
#Sidang DUN Perak
#DAP
#banjir
#Jersi Harimau Malaya
#Alif Satar
#Jacinda Acern