Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Disember 3, 2020 23:52 MYT
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 3 Disember 2020.
1) i-Sinar: "Kalau tiada hari ini, tiada masa depan"
Menurut Ketua Pegawainya, Alizakri Alias, sehubungan itu, kemudahan i-Sinar diperkenalkan bagi memperluaskan bantuan kepada pencarum selepas kemudahan i-Lestari dilaksanakan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu.
2) PRN Sarawak: SPR bersedia dengan SOP lebih ketat
Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, SOP itu termasuk semua kempen rumah ke rumah dan ceramah terbuka melibatkan orang ramai tidak dibenarkan sebaliknya ceramah hanya dilakukan menerusi dalam talian (online).
3) Sudah tiba masa Anwar Ibrahim beri peluang kepada pemimpin muda - Penganalisis
Fellow Penyelidik Ilham Centre, Prof Dr Hamidin Abd Hamid berpendapat, kegagalan itu membuatkan ada yang berpandangan sudah tiba masanya Anwar memberi peluang kepada pemimpin muda.
4) Syarikat biayai kos penghantaran pulang PATI akan diberi kuota penggajian baharu
Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, ia bagi menyelesaikan isu lambakan PATI di depoh tahanan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan isu kekurangan tenaga kerja asing.
5) Pendapatan, untung selepas cukai Astro kukuh suku ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad (AMHB) merekodkan prestasi memberangsangkan suku ketiga tahun kewangan yang berakhir 31 Januari 2021 dengan Pendapatan meningkat dua peratus kepada RM1.11 bilion.
6) Pengguna disaran guna bawang negara lain - KPDNHEP
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menasihatkan pengguna supaya memilih bawang merah import dari negara lain susulan harga bawang dari India melonjak pada masa ini.
7) Agong berkenan tinjau, sertai operasi SAR remaja jatuh Sungai Pahang
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mencemar duli meninjau dan menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) Mohd Loqman Hamka, 20, yang dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Pahang di Kampung Tebing Tinggi di sini, sejak seminggu lalu.
8) Pelaksanaan cukai rokok bakal beri kesan kepada kehadiran pelancong - Tun M
Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, sebagai sebuah pulau bebas cukai, Langkawi tidak dapat menikmati jualan rokok bebas cukai.
9) Pemimpin politik sedia ada perlu beri peluang kepada orang muda - Kadir Jasin
Bekas Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk A. Kadir Jasin menyarankan agar peluang diberikan kepada pemimpin muda mengambil alih secara teratur dan terancang demi menjamin kesinambungan pemerintahan negara.
10) Sarawak, Petronas meterai perjanjian penyelesaian komersial Isnin depan
Pengerusi Jawatankuasa Perundingan Negeri, Datuk Amar Asfia Awang Nassar berkata kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan ke atas terma-terma ditetapkan.
#10 berita tempatan #Sarawak #Petronas #Pilihan Raya Negeri Sarawak #SOP #Suruhanjaya Pilihan Raya #Tun Dr Mahathir Mohamad #Datuk Seri Anwar Ibrahim #Datuk A Kadir Jasin #Datuk Amar Asfia Awang Nassar #Astro #i-sinar #KWSP #Alizakri Alias
;