Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Khairunnisa Kasnoon
November 20, 2020 23:50 MYT
Antara pelbagai berita tempatan yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 20 November 2020.
1) Banjir: Bakal pengantin 'berendam' air mata
Bukan sahaja berendam air banjir, malah seorang bakal pengantin terpaksa ‘berendam’ air mata apabila kediaman keluarganya di Kampung Kilang Berapi, Jasin dinaiki air sehingga paras pinggang dalam banjir di Melaka malam tadi.
2) Semua kerajaan negeri setuju laksana kempen tiada beg plastik
Semua kerajaan negeri menyatakan sokongan untuk melaksanakan inisiatif Kempen Tiada Beg Plastik bagi meningkatkan penghayatan gaya hidup hijau dalam kalangan rakyat Malaysia.
Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA) Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad dalam kenyataan pada Khamis berkata pelaksanaan inisiatif itu bertujuan menangani masalah pencemaran plastik sekali guna.
3) Kemudahan i-Sinar penting kepada golongan memerlukan - MEF
Keputusan untuk membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah kemudahan i-Sinar akan memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan dalam tempoh yang amat mencabar ini, menurut Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF).
4) Fasa satu pembayaran BPN 2.0 disalurkan kepada 9.86 juta penerima B40, M40
Pembayaran Fasa Pertama Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) sejumlah RM4.5 bilion telah berjaya disalurkan kepada lebih 9.86 juta penerima, merangkumi 7 juta penerima daripada kategori B40 dan 2.86 juta penerima daripada kategori M40, setakat ini.
5) Tiada asas ugut Ahli Parlimen sokong Belanjawan 2021 - Tun M
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tiada asas untuk Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan mana-mana pemimpin kerajaan mengugut ahli-ahli Parlimen meluluskan Belanjawan 2021 dengan alasan penjawat awam dan petugas barisan hadapan tidak akan menerima gaji, pencen dan elaun.
6) SPRM rampas empat kereta mewah dipercayai milik kakitangan kerajaan Gred KP19
Gaji minimum seorang kakitangan kerajaan Gred KP19 ialah sebanyak RM1,360 manakala pendapatan maksimum sehingga RM4,052 tidak termasuk bayaran elaun tidak memungkinkan seseorang itu memandu kenderaan mewah.
Apa lagi kereta berjenama Roll Royce Phantom, Mustang dan Range Rover serta Audi yang dimiliki anggota yang berjawatan di gred berkenaan tentu sekali mengundang tanda tanya ramai.
7) PKPD Kota Belud: Penduduk risau bekalan makanan tidak cukup
Penduduk di dua lokaliti di daerah di Kota Belud yang diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bimbang kekurangan bekalan makanan.
Menurut seorang penduduk Kampung Tegudon, Angelbert Adof Nain, 47, pendapatan utama penduduk selama ini adalah dari sumber pertanian.
8) Fenomena kerang terdampar, orang ramai serbu Pantai Pandak
Pantai Pandak, Chendering yang sebelum ini sunyi ekoran musim tengkujuh dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pergerakan Bersyarat (PKPB) diserbu orang ramai ramai susulan penemuan kerang.
Kira-kira ratusan kilogram kerang terdampar di pantai berkenaan berikutan fenomena air pasang sejak beberapa hari lalu.
9) PKPB di Kedah, Melaka, Johor, Terengganu ditamatkan kecuali beberapa daerah
Kerajaan hari ini bersetuju menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri-negeri Kedah, Melaka, Johor dan Terengganu mulai esok (21 November 2020).
Bagaimanapun, menurut Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, beberapa daerah masih diletakkan di bawah PKPB iaitu di Kulim, Kedah, dan Mersing serta Kota Tinggi di Johor.
10) APEC 2020: Malaysia cadang tiga keutamaan rangkumi semua aspek ekonomi
Anggota Kerjasama Ekonomi Asia – Pasifik (APEC) diseru untuk berganding bahu ketika berhadapan situasi untuk mengawal dan memulihkan ekonomi yang dihadapi akibat penularan pandemik COVID-19.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapan pembukaan APEC 2020 sebagai pengerusi persidangan, turut menekankan keperluan usaha dalam kalangan anggota secara konstruktif bagi memastikan proses pemulihan dan pertumbuhan ekonomi yang kuat, inklusif dan mampan.
#berita pilihan #berita dalam negara #COVID-19 #Dr Noor Hisham Abdullah #KKM #KWSP #BPN #PKPB #Perdana Menteri #Muhyiddin Yassin #APEC 2020
;