Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
November 17, 2020 15:00 MYT
November 17, 2020 15:00 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa, 17 November 2020.
Setakat jam 12 tengah hari Selasa, 1,210 kes baharu dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 dalam negara 49,730 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sr Dr Noor Hisham Abdullah meminta orang ramai supaya mendengar penjelasan daripada pihaknya terlebih dahulu sebelum memberikan komen mengenai isu tular yang tersebar pantas di media sosial.
Penemuan interim vaksin terbaharu COVID-19 oleh firma bioteknologi Amerika Syarikat (AS), Moderna Inc pada Isnin merupakan satu pengumuman yang amat memberangsangkan.
Hanya seramai 5,700 pekerja Top Glove Corporation Bhd yang terlibat dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di asrama pekerja syarikat itu di Klang.
Ahli perniagaan dalam buruan Jho Low tidak perlu takut untuk kembali ke Malaysia sekiranya dia merasakan dirinya tidak bersalah dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Datuk Seri Najib Razak perlu mengheret Jho Low ke mahkamah jika ikhlas mahu membersihkan namanya daripada tuduhan skandal 1 Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Anggota Jawatankuasa Amanah Nasional, Faiz Fadzil.
Dengan bilangan ahli Parlimen paling ramai di Dewan Rakyat, UMNO seharusnya menjadi parti yang menguasai kerajaan dan memegang portfolio penting dalam kerajaan, kata Pengerusi Lembaga Penasihat parti itu, Tengku Razaleigh Hamzah.
Beberapa kawasan sekitar pusat bandar di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak kira-kira jam 5 petang Selasa.
Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini mempersoalkan unjuran pendapatan Belanjawan 2021 yang dibentangkan, dan menyifatkannya sebagai tidak begitu realistik.
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menafikan laporan di laman sosial yang mengaitkan pasukan kebangsaan akan menarik diri daripada saingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 selain Piala AFF 2020.
#Noor Hisham Abdullah
#UMNO
#Dewan Rakyat
#Tengku Razaleigh Hamzah
#Najib Razak
#Wan Azizah Wan Ismail
#Dr Wan Azizah Wan Ismail
#1MDB
#1Malaysia Development Berhad
#Jho Low
#Harimau Malaysia
#FAM
#Perdana Menteri
#Amerika Syarikat
#perintah kawalan pergerakan
#PKPD