Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Isabelle Leong
November 16, 2020 00:16 MYT
November 16, 2020 00:16 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 16 November 2020.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar membuat keputusan meninggalkan Parti Amanah Negara (Amanah) dan menyertai PKR.
Seorang pelajar Tingkatan Enam dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh rakannya sendiri.
Susulan 215 kes positif COVID-19 dikesan di asrama pekerja Top Glove di Klang sehingga 15 November, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan itu.
Malaysia mencatatkan pertambahan sebanyak 1,103 kes baharu COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes positif sebanyak 48,520 kes.
Hasil kajian EMIR Research pada suku ketiga tahun 2020 mendapati, tahap kebimbangan rakyat terus mencatatkan peningkatan ketara berbanding sebelum ini.
Belanjawan 2021 yang dibentangkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat baru-baru ini bukan sahaja berbentuk menyeluruh, malah turut menyediakan ‘bahagian’ untuk golongan berpendapatan sederhana (M40).
Kerajaan akan memastikan ekosistem e-sukan negara sentiasa rancak, dan pada masa yang sama, bersifat mampan, serta inklusif untuk semua lapisan masyarakat.
Ahli Parlimen Gerik, Datuk Hasbullah Osman, 63 meninggal dunia di Raub, Pahang hari ini akibat sakit jantung.
9) i-Sinar: Skop pengeluaran Akaun 1 KWSP diperluas, manfaatkan 2 juta ahli terkesan akibat COVID-19
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan perincian dan kelayakan akses ke Akaun 1 bagi kemudahan i-Sinar.
Berikutan kes COVID-19 yang semakin meningkat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, tidak mustahil Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di kawasan tersebut.
#COVID-19
#KWSP
#berita tumpuan
#ADUN
#Hasbullah Osman
#Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
#Ahli Parlimen Gerik
#e-sukan
#Belanjawan 2021
#EMIR Research
#PKPD
#Top Glove