Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Khairunnisa Kasnoon
November 9, 2020 00:31 MYT
Antara pelbagai berita tempatan yang disiarkan di Astro AWANI.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 9 November 2020.
1) COVID-19: 972 kes baharu, 1,345 kes pulih dicatat
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini merekodkan sebanyak 972 kes baharu positif COVID-19 di negara ini.
2) Ayah 'call' 9 kali, kami tak perasan... - Anak mangsa nahas helikopter terkilan
“Ayah call (buat panggilan) sembilan kali, kami tak perasan, kami amat terkilan.”
Itu luahan anak sulung mangsa nahas helikopter, Farid Ridhwan Mohd Irfan, 15, yang terkilan kerana tidak sempat menyambut panggilan ‘terakhir’ ayahnya sebelum terkorban dalam nahas helikopter di Taman Melawati, di sini pada Ahad.
3) Kerajaan sedia pertimbang tambah peruntukan BPR jika ada pemohon baharu
Kerajaan bersedia menambah peruntukan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) sekiranya jumlah permohonan oleh mereka yang layak meningkat.
Menurut Pengarah Belanjawan Negara Johan Mahmood Merican ia berbanding peruntukan RM6.5 bilion yang diumumkan dalam Belanjawan 2021.
4) DUN Kelantan luluskan kenaikan gaji ADUN, Exco
Kesemua barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Kelantan termasuk Menteri Besar, Timbalan Menteri Besar, dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bakal memperolehi pembayaran kenaikan gaji pokok.
5) Tak sangka abang pergi ketika buat aktiviti yang diminati - Adik mangsa nahas helikopter
Keluarga Allahyarham Komander (B) Mohd Sabri Baharom tidak menyangka Allahyarham akan menghembuskan nafas terakhir ketika melakukan aktiviti yang paling digemarinya.
Adik Allahyarham, Mohd Faris Baharom, 40, berkata arwah begitu meminati dunia penerbangan sejak menceburi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
6) Nahas helikopter Taman Melawati: Allahyarham Mohd Sabri tinggalkan legasi - Panglima TLDM
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menyifatkan pemergian Allahyarham Komander (B) Mohd Sabri Baharon yang terkorban dalam nahas helikopter pada Ahad merupakan satu kehilangan besar buat negara.
7) Reman suspek kes bunuh rakan disambung tujuh hari
Perintah tahanan reman seorang remaja perempuan yang juga suspek utama pembunuhan rakan sendiri di Hulu Terengganu dilanjutkan tujuh hari lagi.
8) Penduduk Mutiara Kasih, Taman Khazanah Indah bantah lanjutan PKPD
Penduduk di dua lokaliti Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pangsapuri Mutiara Kasih dan Taman Khazanah Indah hari ini berkumpul bagi membantah keputusan pelanjutan PKPD di kawasan mereka.
9) COVID-19 di Sabah: Tiada sampel tertunggak, angka positif masih tinggi
Kerajaan Sabah hari ini mengesahkan tiada lagi sampel tertunggak yang boleh menyumbang kepada peningkatan kes COVID-19 di negeri itu.
10) Belanjawan 2021: Saya nak dengar jawapan Menteri Kewangan, bukan Pengurus Bank - Anwar Ibrahim
Kerajaan perlu pertimbangkan langkah peluasan moratorium, walaupun ia mungkin akan menyebabkan penyusutan keuntungan untuk sektor perbankan di negara ini, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#berita pilihan #berita tempatan #PKPD #COVID-19 #Dr Noor Hisham Abdullah #KKM #Kementerian Kesihatan #Pangsapuri Mutiara Kasih #Taman Khazanah Indah #Anwar Ibrahim #BPR
;