Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
November 2, 2020 15:00 MYT
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
KUALA LUMPUR: ANTARA pelbagai berita tempatan yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 2 November 2020.
1) Pegawai ahli Dewan Negara disahkan positif COVID-19 - Takiyuddin
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Takiyuddin Hassan hari ini memaklumkan seorang pegawai kontrak ahli Dewan Negara di Parlimen disahkan positif COVID-19.
2) COVID-19: Kerajaan kaji akta baharu libatkan pilihan raya
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata tidak dinafikan, pilihan raya seperti di negeri Sabah pada September lepas yang membabitkan perhimpunan beramai-ramai telah mengakibatkan peningkatan kes COVID-19 di negara ini.
3) COVID-19: 834 kes baharu dilaporkan, Labuan rekod 105 jangkitan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sebanyak 834 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 33,339 kes.
4) PKPD di Institut Latihan KKM di Johor Bahru
Kerajaan memutuskan untuk mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Institut Latihan Kesihatan Malaysia (ILKKM) Johor Bahru bermula 3 hingga 16 November ini.
5) Perkeso tawar bantuan pekerja industri penerbangan hilang kerja
Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) komited dan sedia membantu kakitangan syarikat penerbangan tempatan yang diberhentikan kerja melalui faedah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) sedia ada dan bantuan di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).
6) Parlimen dicadang tubuh 9 jawatankuasa pilihan khas baharu - Speaker
Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun mencadangkan penubuhan sembilan jawatankuasa pilihan khas yang baharu dalam usaha memperkasakan Parlimen, hari ini.
7) Jika 6 cadangan PH ditolak, Belanjawan Perpaduan 2021 tidak akan berlaku - Guan Eng
Belanjawan Perpaduan 2021 tidak akan berlaku sekiranya kerajaan Perikatan Nasional (PN) menolak enam langkah fiskal dan kewangan utama yang dikemukakan Pakatan Harapan (PH) bagi menyelamatkan pekerjaan, perniagaan dan ekonomi rakyat negara ini.
8) Muda senaraikan 10 cadangan untuk Belanjawan 2021
Lanjutkan moratorium sehingga Jun 2021, bonus dua bulan untuk pekerja barisan hadapan dan skim 1 Keluarga 1 Laptop. Itu antara cadangan disuarakan parti Muda untuk Belanjawan 2021.
9) Mujahid dipanggil beri keterangan di Bukit Aman
Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa hadir di Bukit Aman petang ini dipercayai bagi memberikan keterangan.
10) Maszlee Malik umum tarik diri daripada Pejuang
Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik mengumumkan penarikan diri beliau sebagai Ahli Jawatankuasa Penaja (AJK) penubuhan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).
#Takiyuddin Hassan #Dewan Rakyat #Kementerian Kesihatan #KKM #Belanjawan 2021 #ekonomi #pilihan raya #Maszlee Malik #Pakatan Harapan #Dewan Negara #ILKKM #PKPD #perintah kawalan pergerakan #COVID-19