Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
November 1, 2020 23:39 MYT
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita tempatan yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 1 November 2020.
1) COVID-19: 957 kes baharu dalam negara, tiada kematian dilaporkan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan, daripada 957 kes baharu pada hari ini, tiada kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.
2) COVID-19: Pasukan Hospital Sungai Buloh terima Anugerah Kesihatan Global 2020
Pasukan COVID-19 Hospital Sungai Buloh, Selangor mendapat pengiktirafan apabila menerima Anugerah Kesihatan Global (GHA) 2020 baru-baru ini berikutan usaha mereka memerangi pandemik itu
3) Kerajaan bincang keperluan wujud pusat kuarantin di Pulau Omadal
Kerajaan akan membincangkan isu mengenai keperluan mewujudkan pusat kuarantin di Pulau Omadal, Semporna, Sabah dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN), esok.
4) Belanjawan 2021: Tiada masalah untuk sokong, tapi biar diteliti dahulu - Tun M
Ahli-ahli Parlimen daripada Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) perlu diberi peluang untuk meneliti terlebih dahulu kandungan Belanjawan 2021 sebelum ia dibentangkan di Parlimen 6 November ini.
5) Belanjawan 2021: PH kemuka enam cadangan kepada Kementerian Kewangan
Pakatan Harapan (PH) mengemukakan enam cadangan utama kepada Kementerian Kewangan untuk Belanjawan Perpaduan 2021 yang akan dibentangkan pada 6 November ini.
6) Ambil Iktibar PRN Sabah, berkempen atas talian jalan terbaik - Bekas Pengerusi SPR
Menurut Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) yang kerap perlu dihindari pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan datang.
7) Kuasa Agong: Antara 'prerogatif' dan 'nasihat'
Mutakhir ini, Perkara 40 dan Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan menjadi topik perdebatan hangat selepas Yang di-Pertuan, Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menolak permohonan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk melaksanakan darurat di negara ini.
8) Pelajar Malaysia di Taiwan ditemui mati selepas 24 jam dilaporkan hilang
Seorang pelajar Malaysia yang dilaporkan hilang pada 28 Oktober lalu ditemui mati sehari selepas kehilangannya di kawasan berhampiran Daerah Alian, Kaohsiung di Taiwan.
9) Remaja perempuan jaga ibu sakit disamun, dibunuh kejam
Seorang gadis maut selepas disamun dan ditetak penjenayah yang memecah masuk kediamannya di Kampung Lubuk Batu, Hulu Terengganu.
10) Sah Neelofa dirisik PU Riz
Selebriti dan usahawan ternama, Neelofa hari ini menerima kunjungan keluarga PU Riz pada Ahad.
Astro AWANI difahamkan, kunjungan itu adalah bagi menyempurnakan acara merisik.
#Yang di-Pertuan Agong #Muhyiddin Yassin #Abdul Aziz Mohd Yusof #tan sri abdul aziz mohd yusof #Mahathir Mohamad #Nazir Razak #Pakatan Harapan #Suruhanjaya Pilihan Raya #pilihan raya kecil #SOP #KKM #Kementerian Kesihatan #keselamatan #Majlis Keselamatan Negara
;