Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Oktober 26, 2020 15:55 MYT
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 26 Oktober 2020.
1) COVID-19: 1,240 kes baharu, 7 kematian dilaporkan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sebanyak 1,240 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan menjadikan angka kumulatif kes positif pandemik itu di Malaysia adalah sebanyak 27,805 kes.
2) PKPB di Selangor, KL dan Putrajaya dilanjutkan 14 hari lagi
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor yang dijadualkan tamat Selasa ini, dilanjutkan 14 hari lagi sehingga 9 November depan.
3) Mesyuarat MP BN: Hishammuddin, Mastura tolak cadangan sokong Anwar
Cadangan bahawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) mempertimbangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri seterusnya, disahkan telah dibangkitkan oleh seorang Ahli Parlimen yang menyertai perjumpaan dengan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini.
4) Muhyiddin, Anwar perlu berdamai dan berunding
Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Dr Jeniri Amir berkata, desakan pemimpin pembangkang supaya Muhyiddin meletak jawatan sebagai Perdana Menteri perlu diketepikan tatkala negara berdepan dengan pelbagai krisis seperti krisis wabak COVID dan krisis ekonomi.
5) Mahu sokongan pembangkang, Muhyiddin perlu pecat Hamzah dan Azmin - Liew Chin Tong
Perdana Menteri ,Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai peluang terbaik untuk menjadikan Parlimen tempat untuk melakukan kerjasama jujur, perbincangan dan mentadbir bersama-sama dengan parti pembangkang, demi kebaikan negara, kata Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong.
6) Pejuang sanggup kerjasama untuk tangani COVID-19 - Tun Mahathir
Dr Mahathir menjelaskan Pejuang akan patuh kepada titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang mengingatkan ahli-ahli politik untuk memberhentikan segera segala politiking yang boleh mengganggu kestabilan pemerintahan negara.
7) Peletakan jawatan Muhyiddin antara agenda perbincangan BN - Hishammuddin
Mengesahkan perkara itu, Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau ingin mendengar pandangan konsesus BN mengenai perkara itu terlebih dahulu.
8) Kluster Tempat Kerja: Polis PJ mula tinjauan di pejabat-pejabat
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya (IPD), Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, usaha itu sebagai menyahut seruan Kementerian Kesihatan (KKM) dalam memastikan penularan jangkitan COVID-19 membabitkan kluster tempat kerja dapat dicegah.
9) Najib akui usul rundingan dengan Anwar, MT UMNO perhalusi cadangan itu
Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui beliau adalah Ahli Parlimen yang mencadang rundingan dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, seperti mana yang dilaporkan beberapa media sebelum ini.
10) Pejuang sanggup kerjasama untuk tangani COVID-19 - Tun Mahathir
Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) sanggup bekerjasama dalam usaha semua pihak menangani ancaman wabak COVID-19, kata pengasasnya Tun Dr Mahathir Mohamad.
#berita pilihan #berita dalam negara #Astro Awani #COVID-19 #PKPB #KKM #Dr Noor Hisham Abdullah #Hishammuddin Hussein #Muhyiddin Yassin #Perdana Menteri #Najib Razak