Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Khairunnisa Kasnoon
Oktober 22, 2020 00:30 MYT
Oktober 22, 2020 00:30 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 22 Oktober 2020.
Dasar Bekerja Dari Rumah (WFH) bagi kawasan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang mula berkuat kuasa hari ini menyaksikan masih wujud kekeliruan dalam segelintir majikan dan pekerja.
Dalam memastikan inisiatif itu dapat berjalan lancar, pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mengeluarkan soalan lazim yang bakal menjawab persoalan berkait dasar ini.
Gara-gara cuba mengelak seekor ular, seorang peneroka bersama anaknya maut selepas kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda.
Kemalangan itu berlaku di kilometer 61 Jalan Jerangau-Jabor pada kira-kira jam 10 pagi Khamis.
UMNO telah membuat keputusan untuk menangguhkan Perhimpunan Agungnya, sehingga selewat-lewatnya Jun 2021, ekoran penularan COVID-19 di negara ini.
Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, tarikh yang baharu akan dimaklumkan kemudian.
Kerajaan harus menonjolkan kepimpinan yang punya kualiti dengan melanjutkan moratorium pinjaman untuk tiga bulan lagi, tegas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sebuah kilang kicap yang terletak di Kuala Mengkuang telah diarahkan tutup, dalam sebuah Op Sepadu hari ini setelah didapati melakukan pelbagai kesalahan.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengenal pasti sebanyak enam lagi kluster baharu COVID-19 dan pertambahan kes kematian baharu pula sebanyak lima kes.
KKM mengenal pasti sebanyak enam lagi kluster baharu jangkitan COVID-19 di negara ini pada Khamis.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kesemua kluster baharu yang dilaporkan itu dikenali sebagai Kluster Tinusa, Kluster Sauh, Kluster Jambu, Kluster Sofi, Kluster Bah Mutiara, dan juga Kluster Umboo.
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata arahan bekerja dari rumah (WFH) yang berkuat kuasa mulai hari ini bertujuan untuk mengurangkan pergerakan dan interaksi dalam kalangan masyarakat.
"Masih tiada ubat berkesan yang mampu mencegah penyakit COVID-19, jika ada sekalipun, sudah pastinya pelopor itu kini menjadi kaya raya."
Itu tegas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah selepas ramai mendakwa terdapat beberapa kaedah yang kini boleh merawat virus itu.
Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menerima aduan berhubung kegiatan individu menyamar sebagai pegawai perkhidmatan pekerjaannya menyasarkan mangsa dalam kalangan orang awam.
#berita pilihan
#berita dalam negara
#Astro Awani
#Bekerja Dari Rumah
#WFH
#COVID-19
#perintah kawalan pergerakan bersyarat
#PKPB
#KKM
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Menteri Kanan Pertahanan
#ismail sabri yaakob