Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Oktober 8, 2020 15:04 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, 8 Oktober 2020.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 8 Oktober 2020.
1) COVID-19: 375 kes baharu, lima kes kematian dilaporkan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sebanyak 375 kes baharu penularan jangkitan COVID-19 dilaporkan setakat hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di negara ini sebanyak 14,368 kes.
2) COVID-19: Banduan, tahanan reman wajib jalani ujian saringan
Semua banduan dan tahanan reman diwajibkan untuk menjalani ujian saringan COVID-19 sebelum dimasukkan ke penjara.
3) COVID-19: KKM kesan lima lagi kluster baharu
Sebanyak lima lagi kluster baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
4) Pelanggan Fitness First Setia City Mall positif COVID-19
Pengurusan Setia City Mall dalam laman Facebooknya hari ini, memaklumkan semua kakitangan Fitness First yang bertugas diarahkan menjalani saringan COVID-19 dan kuarantin kendiri selama 14 hari.
5) Maklumat mengenai 13 menteri disahkan positif COVID-19 adalah palsu - Ismail Sabri
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menegaskan bahawa maklumat mengenai 13 menteri Kabinet didapati positif COVID-19, adalah berita palsu.
6) Mukim Klang dikenakan PKPB, ini operasi yang masih dibenarkan beroperasi
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang akan dilaksanakan di Selangor mulai tengah malam ini hanya melibatkan Mukim Klang.
7) Peringatan buat selebriti dan ahli perniagaan, jangan sampai SPRM 'jemput' - Azam
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta semua selebriti dan ahli perniagaan terlibat dengan aktiviti pengubahan wang haram Macau Scam untuk tampil ke hadapan bagi membantu siasatan.
8) Akibat salah faham, pelajar tingkatan tiga ditendang sehingga patah rahang
Angkara salah faham, seorang pelajar lelaki tingkatan tiga sebuah sekolah agama persendirian di Tok Keling, Jalan Datuk Kumbar, Alor Setar, patah di bahagian rahang selepas ditendang pelajar lain di dewan makan sekolah berkenaan, Ahad lalu.
9) Gangguan bekalan air pulih 97 peratus - Air Selangor
Sebanyak 266 dari 274 kawasan di wilayah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang dan Putrajaya telah menerima bekalan air penuh dengan peratusan pemulihan pada tahap 97 peratus sehingga 6 petang ini.
10) Safawi sedia pamer aksi terbaik di Portimonense SC
Penyerang Portimonense SC, Muhammad Safawi Rasid sedia pamer aksi terbaik selepas diperkenalkan secara rasmi di Stadium Perbandaran Portimao, Portugal pada Rabu.
#berita tempatan #Noor Hisham Abdullah #Dr Noor Hisham Abdullah #KKM #Kementerian Kesihatan #ismail sabri yaakob #perintah kawalan pergerakan #PKPB #perintah kawalan pergerakan bersyarat #koronavirus #kes positif #ujian saringan #penjara #siasatan