Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Khairunnisa Kasnoon
Oktober 4, 2020 15:55 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, 4 Oktober 2020.
ANTARA pelbagai berita tempatan yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 4 Oktober 2020.
1) "Sapulah air matamu..." Pesan Dr Noor Hisham kepada 'frontliners'
“Sapulah air matamu…,” demikian ungkapan penuh bermakna yang dititipkan oleh Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah kepada para petugas barisan hadapan tatkala kes COVID-19 di negara ini menunjukan peningkatan, sejak kebelakangan ini.
‘Jeneral Perang’ itu dalam kemas kini di laman Twitter dan Facebooknya pada Sabtu menzahirkan kata-kata semangat kepada kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) dalam usaha memerangi pandemik COVID-19.
2) Hari Haiwan Sedunia: Hentikan penganiayaan dan penderaan
Tahukah anda, 4 Oktober 2020 merupakan Hari Haiwan Sedunia?
Bukan sekadar memperingati hari peristiwa itu, ia memberikan pengertian mengenai sejauh mana kebajikan haiwan terpelihara.
3) COVID-19: Kerajaan laksana PKPDB di kawasan Penjara Alor Setar
Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) Secara Pentadbiran di kawasan Penjara Alor Setar selama 14 hari, bermula 12.01 tengah malam, 6 Oktober ini.
4) Wanita dijumpai mati dipercayai dibunuh rakan lelaki
Menurut Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.
Beliau berkata, pihaknya menerima maklumat pada jam 12.10 tengah malam dan setibanya anggota di lokasi mangsa yang ditemui sudah tidak bernyawa.
5) Remaja perempuan tahan sakit 20 minit, tangan tersepit 'sprocket' motosikal
Seorang remaja perempuan terpaksa menahan sakit selama 20 minit selepas tangan kirinya tersepit di 'sprocket' (gegancu) ketika membonceng motosikal di Kampung Bahagia di sini pada Ahad.
6) COVID-19: 293 kes baharu, 67 pulih, tiada kes kematian
Sebanyak 293 kes baharu COVID-19 dilaporkan sehingga 4 Oktober 2020 jam 12:00 tengah hari.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata, ia melibatkan 292 kes tempatan dan satu kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.
7) Pemandangannya indah! Abang Jo teruja bermotosikal dari Sibu ke Kapit
Lebih seratus penunggang motosikal berkuasa tinggi menyertai ekspedisi Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dari bandar Sibu ke Kapit pada Ahad.
8) Rangkaian Celcom bermasalah, pengguna desak SKMM siasat
Pengguna Celcom hari ini terpaksa menghadapi kesulitan hampir tiga jam, ekoran gangguan secara menyeluruh untuk perkhidmatan data dan suara di seluruh negara.
9) Tahap pematuhan SOP mereka yang pulang dari Sabah tidak begitu tinggi
Tahap pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 dalam kalangan rakyat amat tinggi namun sejak kebelakangan ini, pematuhannya dilihat tidak begitu membanggakan seperti sebelum ini.
Pandangan itu disuarakan Pakar Perubatan dan Kesihatan Awam, Dr Khor Swee Kheng yang mengaitkan tahap pematuhan yang tidak begitu tinggi itu melibatkan mereka yang baru pulang dari Sabah.
10) Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang alami gangguan bekalan air
Sebanyak 274 kawasan dari empat wilayah akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual selepas Loji Rawatan Air Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi terpaksa dihenti tugas sepenuhnya.
#berita dalam negara #berita pilihan #Astro Awani #berita tempatan #Dr Noor Hisham Abdullah #COVID-19 #ismail sabri yaakob #KKM #celcom #PKPDB #Sabah