Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Isabelle Leong
Oktober 2, 2020 22:42 MYT
Oktober 2, 2020 22:42 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita tempatan yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 2 Oktober 2020.
Malaysia merekodkan 287 kes baharu positif COVID-19 setakat jam 12 tengah hari pada Jumaat sekali gus merupakan jumlah tertinggi pernah dicatatkan di negara ini.
Polis mengambil tindakan terhadap 10 individu kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Bersasar pada Khamis.
Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik 3 sen manakala diesel pula turun satu sen berkuat kuasa 3 hingga 9 Oktober ini.
Ahli politik diminta tidak mengutamakan desakan mahu mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kepada kerajaan berbanding keselamatan rakyat pada saat penularan tinggi COVID-19.
Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Liew Vui Keong meninggal dunia kira-kira jam 11.50 pagi tadi.
Timbalan Ketua Menteri II Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan berkata pengumuman tersebut bagaimanapun akan dibuat oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Mohd Noor secara berperingkat.
Kerajaan Selangor mengadakan saringan bersasar secara percuma untuk rakyat Selangor yang mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah antara 20 hingga 26 September lalu.
Tiada arahan penutupan sekolah di seluruh Sabah setakat hari ini, menurut sumber daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Isu banjir kilat dan bandar selamat antara perkara yang perlu diberi keutamaan oleh Datuk Mahadi Che Ngah yang baru dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur.
Situasi di Sabah perlu dijadikan pengajaran oleh semua pihak jika tidak mahu kes COVID-19 terus mencatatkan angka membimbangkan pada masa hadapan.
#berita tempatan
#Pilihan
#COVID-19
#tumpuan
#PKPD Bersasar
#RON95
#RON97
#diesel
#PRU15
#Liew Vui Keong
#ahli Parlimen
#Batu Sapi
#Kabinet Sabah
#Jeffrey Kitingan
#Selangor
#Sabah
#MKN
#Datuk Bandar Kuala Lumpur