Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Nursyazwani Saiful Sham
September 29, 2020 23:42 MYT
Berita dalam negara yang menjadi pilihan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita tempatan yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa, 29 September 2020.
1) Hajiji Noor angkat sumpah Ketua Menteri Sabah ke-16
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri Sabah di Istana Negeri pada Selasa.
2) Bung Moktar, Masidi tukar portfolio - Hajiji
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor memberitahu, berlaku perubahan dalam dua portfolio kanan Kabinet Negeri selepas lebih tiga jam istiadat angkat sumpah yang berlangsung di Istana Negeri.
3) Jeffrey Kitingan sahkan letak jawatan timbalan menteri
Presiden Parti Solidariti Tanah Airku, Datuk Dr Jeffrey Kitingan mengesahkan peletakan jawatan sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya.
4) Usaha bangunkan Sabah lebih mudah - PM
Usaha membangunkan Sabah menjadi lebih mudah apabila keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah memihak kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang selari dengan kerajaan Persekutuan.
5) COVID-19: Individu negatif, tidak bergejala pulang dari Sabah kini tidak diwajib kuarantin - KP Kesihatan
Mereka yang pulang dari Sabah dan diuji negatif bagi COVID-19, tidak bergejala serta tidak mempunyai kontak rapat dengan individu disahkan positif, tidak diwajibkan menjalani kuarantin selama 14 hari.
6) COVID-19: 101 kes terkini, empat kluster baharu, kebanyakan dari Sabah
Sebanyak 101 kes baharu dicatatkan hari ini dengan Sabah terus menjadi negeri paling banyak menyumbang kepada statistik berkenaan iaitu 73 kes.
7) Dua penyeludup, 29 PATI ditahan - Ismail Sabri
Operasi Benteng pada Isnin berjaya melakukan tangkapan melibatkan 29 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan dua penyeludup.
8) Sultan Johor buat kejutan, 10 jururawat Wad Diraja dikurnia kereta
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengurniakan 10 kereta Perodua Myvi kepada 10 jururawat yang bertugas di Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah (HSA).
9) Insiden konkrit jatuh: Tindakan dibuat selepas dapat keputusan siasatan - Fadilah
Kementerian Kerja Raya akan menentukan bentuk tindakan yang perlu diambil selepas semua keputusan siasatan diperolehi berhubung insiden konkrit pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) menimpa sebuah kereta, 22 September lalu.
10) Pra-pendaftaran banci dalam talian, e-CENSUS berakhir esok
Pra-pendaftaran Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci 2020) fasa 1 secara dalam talian (e-CENSUS) akan berakhir esok, pukul 11:59 malam.
#Sultan Ibrahim #Sultan Johor #Ketua Menteri #pilihan raya #pelancongan #COVID-19 #Datuk Seri Hajiji Mohd Noor #Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah
;