Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Nursyazwani Saiful Sham
Jun 17, 2020 14:55 MYT
Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 17 Jun 2020.
ANTARA pelbagai berita tempatan yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 17 Jun 2020.
1) COVID-19: 10 kes baharu, 140 pulih dan tiada kematian baharu
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 10 kes baharu COVID-19 melibatkan penularan dalam negara hari ini.
2) Ini lima tumpuan Sidang Media COVID-19 hari ini
Perkembangan terbaharu dalam sidang media oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menyaksikan satu lagi kluster baharu COVID-19 dikenalpasti hari ini.
3) 5 perkara penting sidang media harian PKPP hari ini
Task Force Operasi Pematuhan membuat 69,370 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP PKPP dengan 61 individu ditahan.
4) Ini lima perkara anda perlu tahu dalam sidang media Dr Zulkifli hari ini
100 hari memegang jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengakui pelbagai inisiatif berjaya dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat di negara ini.
5) Malaysia boleh buka sempadan negara tetapi... - Hishammuddin
Malaysia boleh membuka sempadan negara namun segalanya bergantung kepada disiplin rakyat dalam memastikan jumlah kes COVID-19 tidak meningkat dengan mendadak selepas sempadan dibuka.
6) Panggung wayang, pusat urut dibenarkan beroperasi di Sabah
Panggung wayang serta pusat kecantikan dan kesihatan di Sabah dibenarkan memulakan operasi berkuakuasa serta-merta.
7) Tangguh HSR: Malaysia tidak perlu bayar pampasan - Azmin
Malaysia tidak perlu membayar sebarang pampasan kepada Singapura atas penangguhan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur–Singapura (HSR).
PERKEMBANGAN POLITIK
8) Bersatu beri laluan kepada BN pertahan kerusi DUN Chini - Hamzah
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini pada 4 Julai ini.
9) Tun Mahathir letak jawatan kerana tidak mahu beri jawatan PM kepada Anwar - Syed Ali
Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan Perdana Menteri kerana niatnya yang tidak mahu melepaskan jawatan tersebut kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
10) "Sejak 1998 masalah sama tidak selesai" - Azmin gesa pemimpin PKR muhasabah diri
Bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini menggesa seseorang dalam bekas parti yang disertainya itu untuk memuhasabah diri.
#berita tempatan #COVID-19 #Datuk Dr Noor Hisham Abdullah #Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri #KKM #Kluster baharu #PKPP #warga emas